FIFA berdepan krisis kepercayaan

Paris: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kini berdepan krisis kepercayaan dan memerlukan reformasi besar-besaran dalam tadbir urus badan induk bola sepak dunia itu, kata Presiden Kesatuan Pemain FIFPRO Eropah, David Terrier.
Terrier berkata, FIFA kini terperangkap dalam ‘perang sebenar’ susulan keruntuhan kepercayaan antara persatuan dan konfederasi selepas cadangan Presiden FIFA, Gianni Infantino untuk menjual hak komersial Piala Dunia mencetuskan kontroversi.
Infantino, yang bakal mempertahankan jawatan dalam pemilihan Mac depan, berdepan tentangan terbuka sejak dua minggu lalu apabila tiga konfederasi iaitu UEFA, AFC dan CONCACAF mengkritik tindakannya serta menggesanya berundur.
“Pada ketika ini, persoalannya bukan lagi sama ada Gianni Infantino perlu kekal atau meletakkan jawatan.
“Jelas bahawa perang sebenar sudah tercetus, dengan hilangnya kepercayaan daripada banyak persatuan dan konfederasi,” kata Terrier kepada Reuters.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib Tinjau Banjir Termenung Parit Jelutong, Tindakan Awal Perkemas Aliran Air
- Skuad Sayang 3K Perkemas Gerak Kerja Menjelang PAU 2026
- Jangan Kelirukan Angka, Nilai TH Perlu Berdasarkan Definisi Dan Tempoh
“Saya tidak mengatakan Infantino mesti berundur. Namun, berdasarkan situasi semasa, persoalan itu hampir tidak timbul lagi.
“Isunya bukan sama ada beliau perlu berundur atau tidak. Apa yang kita perlukan ialah reformasi dan ia amat diperlukan. Terdapat krisis kepercayaan yang nyata serta keraguan serius mengenai cara sistem ini beroperasi,” katanya.
Susulan mesyuarat krisis di Maghribi minggu lalu, FIFA memohon maaf kepada 211 persatuan anggotanya berhubung kesilapan dalam pengendalian cadangan berkenaan.
Badan induk itu turut berkata, kepimpinannya kembali menegaskan sokongan penuh terhadap Infantino.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Biadab Label Bangsa Sebagai ‘Melayu Sakau’ – Sollehin
- ADUN Behrang Terus Perjuang Kemudahan Rakyat, Perkasa Modal Insan
- Kita Mahu Pasar Linggi Terus Hidup, Selesa – Mohd Faizal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Biadab Label Bangsa Sebagai ‘Melayu Sakau’ – Sollehin
- ADUN Behrang Terus Perjuang Kemudahan Rakyat, Perkasa Modal Insan
- Kita Mahu Pasar Linggi Terus Hidup, Selesa – Mohd Faizal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.