Warholm buru emas keempat Eropah

Birmingham: Karsten Warholm meneruskan pemburuan emas kedua di Kejohanan Eropah di Birmingham selepas mudah melangkah ke final 400 meter lari berpagar lelaki, sekali gus menghampiri gelaran keempatnya dalam acara berkenaan.
Warholm, yang memegang rekod dunia 400 meter (m) lari berpagar dengan catatan 45.94 saat (s) ketika memenangi emas Sukan Olimpik Tokyo 2021, mengungguli separuh akhir di Stadium Alexander dengan masa 48.01s.Final dijadual berlangsung pada 7.40 malam waktu tempatan, Jumaat ini.
Pelari Norway berusia 30 tahun itu sebelum ini sebahagian daripada kuartet negaranya yang memenangi emas 4x400m campuran pada Isnin lalu.
Sejak muncul juara dunia buat kali pertama di London pada 2017, Warholm menjadi antara atlet paling dominan dalam olahraga dunia dengan tiga gelaran dunia.
Dia bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan perak Olimpik Paris 2024.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib Tinjau Banjir Termenung Parit Jelutong, Tindakan Awal Perkemas Aliran Air
- Skuad Sayang 3K Perkemas Gerak Kerja Menjelang PAU 2026
- Jangan Kelirukan Angka, Nilai TH Perlu Berdasarkan Definisi Dan Tempoh
Di peringkat Eropah, Warholm sudah meraih tiga gelaran berturut-turut di Berlin 2018, Munich 2022 dan Rom 2024.
Kejayaan di Rom menyaksikan dia menyamai rekod legenda Jerman, Harald Schmid, dengan tiga gelaran Eropah 400m lari berpagar.
Jika berjaya mempertahankan kejuaraan di Birmingham, Warholm akan muncul pemegang rekod tunggal dengan empat gelaran.
Warholm turut menguasai senarai 33 catatan terpantas oleh pelari Eropah dalam sejarah acara itu, termasuk rekod musim ini 46.61s ketika menjuarai Liga Berlian London bulan lalu.
Sementara itu, saingan 800m lelaki menyaksikan Ireland mencuri tumpuan apabila Mark English mencipta rekod kejohanan dengan catatan 1 minit43.49s untuk memenangi separuh akhir kedua.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Yang Makan Cili, Memang Akan Rasa Pedas” – Manndzri
- 80 Peratus RUU Akta MARA Baharu Perketat Tadbir Urus MARA
- Biadab Label Bangsa Sebagai ‘Melayu Sakau’ – Sollehin
Belanjawan: Setiap Perancangan, Peruntukan Mesti Sampai Kepada Rakyat – Wan Rosdy
Catatan itu memadam rekod 1:43.84s yang dilakukan pelari Jerman Timur, Olaf Beyer, pada Kejohanan Eropah 1978 di Prague.
Juara bertahan dari Perancis, Gabriel Tual, gagal mara ke final selepas hanya menduduki tempat keenam dalam separuh akhir yang dimenangi wakil Britain, Max Burgin.
Burgin dan rakan senegara, Ben Pattison, bagaimanapun mara ke final bagi menguatkan cabaran tuan rumah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Biadab Label Bangsa Sebagai ‘Melayu Sakau’ – Sollehin
- ADUN Behrang Terus Perjuang Kemudahan Rakyat, Perkasa Modal Insan
- Kita Mahu Pasar Linggi Terus Hidup, Selesa – Mohd Faizal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.