Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil

Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil

Seorang wanita meminta pertolongan orang awam agar mencari pemandu sebuah Mazda CX-5 berwarna merah yang telah melanggar lari adik perempuannya dan suami di Lebuhraya Pantai Timur (LPT1), Selasa lalu.

Menurut hantaran tular di aplikasi X, kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal tersebut berlaku sekitar pukul 1.15 petang, kira-kira dua kilometer sebelum susur keluar Plaza Tol Gambang.



“Adik saya dan suami dilanggar oleh sebuah Mazda CX-5. Saya ingin meminta pihak yang terlibat agar menghubungi kami dengan kadar segera untuk tindakan selanjutnya.

“Kami berharap pihak yang terlibat ada rasa tanggungjawab terhadap kemalangan yang menimpa adik saya. Orang yang dilanggar itu bukan kuman kecil.

“Mohon sesiapa yang kenal pemilik atau pemandu untuk tampil ke hadapan. Semoga Allah SWT mudahkan urusan kita semua,” katanya.

Menurut wanita sama, keluarganya telah membuat laporan dan menyerahkan rakaman kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) kepada pihak berkuasa.



“Kami juga sudah serahkan segala butiran mengenai kenderaan tersebut kepada polis.

“Elok sahaja orang santai bawa motor, itu pun masih ada yang langgar. Tak pastilah (pemandu) main telefon atau mengantuk. Sudahlah langgar langgar orang, lari pula tu,” katanya kesal.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 36,000 tontonan dan 190 tanda suka di aplikasi X. K Online

Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor



Mari kita lihat siapa yang kena

Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]



‘Drama’ kian terungkai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker