‘Lemon Law’ lindungi pembeli kenderaan

‘Lemon Law’ lindungi pembeli kenderaan

‘Lemon Law’ akan memberi ‘taring’ bagi melindungi pembeli kenderaan terpakai atau baharu yang sebelum ini terpaksa berdepan pelbagai syarat ketika membuat tuntutan jika berlaku kerosakan, kata NGO pengguna.

Namun bagi memastikan keberkesanannya, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa pakar perunding dilantik menyediakan kertas cadangan supaya mendapat pandangan semua pihak berkaitan.



Menyambut baik sasaran membentangkan undang-undang itu seawal sidang Parlimen Mac tahun depan, CEO Fomca T Saravanan berkata pelaksanaannya telah lama dinantikan bagi melindungi pengguna.

“Sasaran bentang Mac tahun depan memadai kerana akta baharu memerlukan masa untuk digubal, namun sebelum itu kerajaan boleh pinda undang-undang sedia ada untuk melindungi pembeli kenderaan.

“Kita harap kajian turut ambil kira pandangan pemegang taruh dan semua pihak supaya kita ada undang-undang berkesan,” katanya.

Selasa lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali berkata pihaknya telah melantik pakar perunding untuk menyediakan laporan bagi menyiapkan kertas cadangan pelaksanaan ‘Lemon Law’.



Kertas cadangan itu akan dibawa ke Jemaah Menteri untuk dipersetujui sebelum dibawa ke Parlimen seawal Mac tahun depan.

‘Lemon law’ iaitu remedi undang-undang untuk pengguna membeli kenderaan rosak, sama ada baharu atau lama, yang gagal memenuhi kriteria kualiti serta prestasi dalam tempoh khusus.

Amerika Syarikat, Singapura, Korea Selatan, China dan Filipina antara negara mengguna pakai undang-undang seperti itu.

Pada 2004, Singapura merangkumkan ‘lemon law’ dalam Akta Perlindungan Pengguna (Perdagangan Adil).



Cadangan supaya Malaysia mewujudkan undang-undang itu susulan dua laporan kenderaan baru dibeli rosak tular di media sosial pada Januari lalu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Jacob George turut menyambut baik hasrat memperkenalkan ‘lemon law’ dan berharap ia dapat membawa perubahan berdepan kes kerosakan kenderaan.

“Banyak undang-undang dikatakan melindungi pengguna tetapi tidak dikuatkuasakan…berlaku kelonggaran dan kebocoran,” katanya. FMT

‘Lemon Law’ lindungi pembeli kenderaan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor



Mari kita lihat siapa yang kena

Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]



‘Drama’ kian terungkai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker