Sepakan pemain pertahanan ‘punca’ kemalangan

MONTEVIDEO – Satu kejadian luar biasa berlaku ketika perlawanan bola sepak Liga Uruguay apabila bola yang disepak oleh seorang pemain menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya di luar Stadium Parque ANCAP, lapor agensi berita Jawa Pos.
Insiden berlaku pada minit ke-23 babak pertama perlawanan antara pasukan Uruguay Montevideo dan Paysandu FC.
Pemain pertahanan Uruguay Montevideo, Richard Nunez bertindak menyepak bola keluar bagi mengekang asakan serangan pihak lawan.
Bagaimanapun, sepakan itu menyebabkan bola melambung tinggi melepasi tembok pemisah stadium sebelum jatuh dan bergolek di jalan raya utama yang terletak bersebelahan stadium.
Rakaman kamera siaran langsung sempat merakam pergerakan bola tersebut yang bergolek masuk ke laluan jalan raya sewaktu kenderaan sedang bergerak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib Tinjau Banjir Termenung Parit Jelutong, Tindakan Awal Perkemas Aliran Air
- Skuad Sayang 3K Perkemas Gerak Kerja Menjelang PAU 2026
- Jangan Kelirukan Angka, Nilai TH Perlu Berdasarkan Definisi Dan Tempoh
Terkejut dengan kehadiran bola secara tiba-tiba di hadapannya, seorang pemandu kereta bertindak menekan brek secara mengejut bagi mengelak objek berkenaan.
Bagaimanapun, kereta di belakangnya gagal menghentikan kenderaannya lalu merempuh kereta pemandu tersebut. – AGENS
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Biadab Label Bangsa Sebagai ‘Melayu Sakau’ – Sollehin
- ADUN Behrang Terus Perjuang Kemudahan Rakyat, Perkasa Modal Insan
- Kita Mahu Pasar Linggi Terus Hidup, Selesa – Mohd Faizal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.