Penumpang cuba buka pintu pesawat Batik Air lebih 9,000 meter di udara

NEW DELHI – Seorang lelaki ditahan di India kerana cuba membuka pintu kecemasan ketika pesawat dinaikinya berada pada ketinggian 9,144 meter di ruang udara, lapor laman berita People.
Suspek yang dikenali sebagai Jamsheer Athanikkal, 36, bertindak di luar kawalan semasa menaiki penerbangan Batik Air yang berlepas dari Malaysia menuju India, baru-baru ini.
“Kejadian berlaku antara pukul 9.30 malam (waktu tempatan) hingga 11 malam. Suspek merupakan penumpang di tempat duduk nombor 12A dan tanpa sebarang provokasi, dia cuba membuka pintu kecemasan serta merosakkan panel tingkap.
“Dia juga mengancam penumpang lain dan kru yang cuba menghalangnya,” kata seorang pegawai polis kepada laman berita Indian Express.
Rakaman video kejadian dikongsi di media sosial menunjukkan beberapa kru menggunakan pengikat kabel (zip tie) untuk mengikat Jamsheer.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib Tinjau Banjir Termenung Parit Jelutong, Tindakan Awal Perkemas Aliran Air
- Skuad Sayang 3K Perkemas Gerak Kerja Menjelang PAU 2026
- Jangan Kelirukan Angka, Nilai TH Perlu Berdasarkan Definisi Dan Tempoh
Suspek diberkas selepas tiba di Lapangan Terbang Kochi atas kesalahan melakukan ugutan jenayah, gagal mematuhi arahan keselamatan dan membahayakan keselamatan awam.
“Apabila ditanya mengenai motif tindakannya, Jamsheer berkata bahawa dia bertindak demikian kerana berasa ingin melakukannya pada saat itu,” tambah pegawai sama. – AGENSI
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Biadab Label Bangsa Sebagai ‘Melayu Sakau’ – Sollehin
- ADUN Behrang Terus Perjuang Kemudahan Rakyat, Perkasa Modal Insan
- Kita Mahu Pasar Linggi Terus Hidup, Selesa – Mohd Faizal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.