Jantung Azlee Senario tersumbat 99 peratus, dibedah segera

Jantung Azlee Senario tersumbat 99 peratus, dibedah segera

Pelawak dan pelakon Azlee yang dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam disahkan mempunyai masalah saluran darah pada jantungnya tersumbat.

Isterinya, Aslinda Ayob berkata, Azlee atau Muhammad Azlee Jaafar, 56, kini ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) untuk pemantauan selepas menjalani prosedur angiografi dan pemasangan stent (tiub kecil).



Doktor mengesahkan saluran jantung Azlee tersumbat sebanyak 99 peratus dan prosedur pemasangan stent terus dilakukan segera.

“Alhamdulillah keadaannya stabil namun perlu mendapatkan rehat secukupnya sebelum dibenarkan pulang,” katanya.

Berkongsi lanjut, Aslinda memberitahu suaminya yang juga anggota kumpulan Senario itu mula menunjukkan tanda-tanda seperti berpeluh dan sesak nafas selepas selesai kerja pada petang semalam.

Dia balik mesyuarat pukul 5.30 petang semalam. Dia rasa berpeluh, panas dan mengadu dadanya sakit rasa ketat.



“Setahu saya, dia tidak ada sakit jantung tetapi dia memang ada darah tinggi. Sudah 10 tahun ambil ubat selain masalah gout.

“Dia tidak pernah kena serangan jantung tetapi mungkin ada simptom yang kami tak perasan. Kadang-kadang tangannya kebas tetapi saya ingat itu simptom kencing manis,” ujarnya lagi.

Sedar dengan keadaan Azlee, Aslinda terus membawa suaminya ke klinik berhampiran rumah dan kemudian doktor meminta dia membawa suaminya itu ke hospital selepas mendapati keadaannya kritikal.

“Selepas pergi ke klinik, kami sempat balik ke rumah tetapi dia memang tidak dapat menahan sakit.



Saya telefon ambulans dan terus dia dibawa ke zon merah Hospital Sungai Buluh tetapi tak sampai 10 minit doktor minta pengesahan untuk bawa ke IJN kerana keadaannya yang membimbangkan.

Tengah hari tadi, pelawak Ropie Cecupak memaklumkan mengenai Azlee yang dikejarkan ke IJN sambil memohon doa orang ramai agar rakannya diberi kesihatan baik selepas mendapat rawatan. HG

Jantung Azlee Senario tersumbat 99 peratus, dibedah segera

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor

Mari kita lihat siapa yang kena



Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]

‘Drama’ kian terungkai



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker