El Nino tiba di Indonesia, Taman Negara Gunung Bromo terbakar

El Nino tiba di Indonesia, Taman Negara Gunung Bromo terbakar
ANGGOTA bomba cuba memadamkan kebakaran hutan di Taman Negara Bromo Tengger Semeru berhampiran Gunung Bromo di Probolingo, wilayah Jawa Timur semalam. – AFP

JAKARTA – Pihak berkuasa berusaha untuk mengawal kebakaran hutan di Taman Negara Gunung Bromo, Pulau Jawa yang memusnahkan lebih 120 hektar kawasan ketika Indonesia bersedia menghadapi musim kemarau ekstrem didorong fenomena cuaca El Nino.

Kebakaran bermula Isnin lalu berhampiran Gunung Bromo dalam wilayah Jawa Timur. Ia merupakan antara destinasi pelancongan paling banyak dikunjungi di Indonesia tetapi kini ditutup sehingga diberitahu kelak.

Pihak berkuasa tempatan mengerahkan dua helikopter ‘pengebom’ air untuk memadamkan api marak yang memusnahkan sekurang-kurangnya 127 hektar tanah taman negara itu setakat ini, kata pegawai bomba Bambang Setyo Antoko kepada AFP.

Kawasan yang musnah bersamaan keluasan kira-kira 180 padang bola sepak.

“Kami sangat bergantung pada keadaan angin,” kata Bambang mengenai usaha memadam kebakaran yang akan datang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Tak Kaitkan Pemimpin BN Dengan ‘Sakau’ TH, Manndzri Tempelak Tuduhan PH


Pegawai taman negara Rudijanta Tjahja Nugraha berkata, kawasan yang terbakar berada di lereng curam, menyukarkan anggota-anggota bomba untuk sampai ke lokasi.

Punca kebakaran tidak diketahui, tetapi Bambang berkata, taman negara itu dalam keadaan sangat kering ketika El Nino mula melanda Indonesia.

Gunung Bromo yang terkenal dengan pemandangan gunung berapinya, pernah terbakar pada 2023.

Kebakaran itu berlaku apabila sepasang kekasih menyalakan suar semasa penggambaran foto pra perkahwinan dan memusnahkan lebih 500 hektar tanah. – AFP

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

RCI TH: Ahmad Zahid Seru Cari Kebenaran, Henti Polemik

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker