Lelaki 11 rekod lampau ditahan, polis jumpa heroin lebih 1kg

Lelaki 11 rekod lampau ditahan, polis jumpa heroin lebih 1kg
Foto hiasan.

KLUANG: Seorang lelaki yang memiliki 11 rekod lampau ditahan selepas disyaki mengedar dadah jenis heroin seberat lebih sekilogram di Jalan Harmoni, Simpang Renggam, dekat sini malam tadi.

Suspek, 42, ditahan jam 12.55 malam sebelum pemeriksaan menemukan 11 paket heroin seberat 1,055 gram (g).

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata keseluruhan dadah dirampas bernilai RM10,128 dan semakan mendapati suspek memiliki rekod jenayah dan dadah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin.

“Suspek direman seminggu bermula hari ini sehingga Isnin depan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya melalui kenyataan.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

RCI TH: Ahmad Zahid Seru Cari Kebenaran, Henti Polemik

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker