Haji pada musim bunga, sejuk selama 16 tahun

Ianya bermula pada 2026.

Haji pada musim bunga, sejuk selama 16 tahun

MAKKAH: Ibadah haji akan memasuki fasa baharu perubahan iklim pada 2026, menandakan permulaan tahun haji pada ‘musim bunga’ selama lapan tahun berturut-turut.

Ia diikuti lapan tahun lagi yang menyaksikan jemaah menunaikan Rukun Islam kelima pada ‘musim sejuk’.



‘Musim bunga’ di Arab Saudi berlaku antara pertengahan Mac hingga pertengahan Jun, akan menyaksikan suhu pada waktu malam boleh turun di bawah 15 darjah Celsius, manakala di kawasan tengah dan selatan lebih panas, dengan purata sekitar 20 darjah Celsius.

‘Musim sejuk’ pula direkodkan antara pertengahan Disember hingga pertengahan Mac, membolehkan suhu nyaman pada siang hari, manakala malam pula sejuk di Arab Saudi.

Jurucakap Pusat Meteorologi Nasional Saudi (NMC), Hussein Al-Qahtani, berkata penyelidikan berkaitan proses pembenihan awan khususnya di tapak suci akan dipergiatkan pada tahun akan datang.

Menyuarakan pandangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif NMC, Dr Ayman Ghulam, berkata proses pembenihan awan di beberapa kawasan dan tapak suci bergantung kepada hasil penyelidikan dengan skop keperluannya.



Dr Ghulam berkata pembenihan awan adalah proses operasi dan penyelidikan masih dijalankan yang akan menentukan keperluan di kawasan lain, termasuk tapak suci.

Fasa operasi pembenihan awan kini terhad kepada wilayah Riyadh, Al-Qassim, Hail, wilayah barat daya dan Taif, katanya.

Teknologi pembenihan awan berfungsi meningkatkan kuantiti dan kualiti hujan bagi jenis awan tertentu dalam mengeksploitasi sifatnya dan merangsang serta mempercepatkan proses hujan di kawasan ditetapkan.

Ini dilakukan melalui pesawat dengan menyemai bahan halus yang tidak membahayakan alam sekitar di tempat awan tertentu. Ia antara cara menyumbang kepada mengekalkan keseimbangan air, kerana ia adalah teknologi yang selamat, fleksibel dan murah.



Dr Ghulam berkata pusat serantau NMC akan memberikan sokongan untuk musim haji tahun ini dengan berusaha menyediakan kajian dan penyelidikan berkaitan iklim, ribut debu dan peluang memperbaiki cuaca.

Beliau menyatakan pusat serantau beroperasi di peringkat kebangsaan, serantau serta antarabangsa dan mempunyai peranan dalam inisiatif Arab Saudi Hijau dan Asia Barat Hijau.

Katanya, pusat itu menyediakan perkhidmatan untuk navigasi udara dan terdapat penyelarasan penuh dengan Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam (GACA) dan lapangan terbang serta semua yang berkaitan dengan perubahan iklim dan cuaca.

NMC turut mengendalikan radar mudah alih untuk memantau langit di kawasan tapak suci dan Masjidil Haram di Makkah serta stesen bergerak untuk memantau lapisan atas atmosfera.



Ini adalah tambahan kepada imej satelit langsung untuk memantau potensi fenomena cuaca, selain mengaktifkan bilik gerakan yang dilengkapi teknologi meteorologi dan alat komunikasi berkualiti tinggi yang dikaitkan dengan sektor operasi untuk melayani jemaah haji di ibu pejabat pusat di Jeddah serta di Mina. BH

Haji pada musim bunga, sejuk selama 16 tahun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor

Mari kita lihat siapa yang kena



Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]

‘Drama’ kian terungkai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker