Polis Filipina culik rakyat Malaysia, minta wang tebusan RM200,000

Polis Filipina culik rakyat Malaysia, minta wang tebusan RM200,000

Satu insiden penculikan yang mengejutkan berlaku di Pasay, Filipina, baru-baru ini, melibatkan empat pelancong termasuk seorang rakyat Malaysia.

Difahamkan bahawa empat anggota polis dan beberapa individu bersenjata lain telah ditahan dan didakwa atas tuduhan menculik.



Empat pelancong yang berada dalam kereta Lexus telah ditahan oleh anggota Polis Kebangsaan Filipina yang menunggang motosikal di Taft Avenue, Pasay.

Sebuah van putih yang mengikuti polis tersebut digunakan untuk menculik mangsa.

Mangsa dikenal pasti sebagai Tang Heng Fei, rakyat Malaysia berumur 25 tahun, dan tiga warga China, Meng Zhao (29), Yang Zhuan Zhuan (30), dan Shi Yi Xuan (32).

Daripada empat mangsa, Tang Heng Fei dan Shi Yi Xuan berjaya melarikan diri dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa berhampiran.



Bagi menyelamatkan rakan-rakan, mereka telah membayar wang tebusan sebanyak PHP2.5 juta atau kira-kira RM200,000 yang diminta oleh penculik.

Dua mangsa lain telah dipukul oleh penculik sepanjang malam sebelum dibebaskan pada Isnin, 3 Jun sekitar jam 6 pagi selepas wang tebusan diterima.

Selepas menerima maklumat mengenai penculikan tersebut, Ketua Pejabat Polis Wilayah Ibu Kota Filipina, Mejar Jeneral Melencio Nartatez melancarkan operasi mencari yang membawa kepada penahanan empat suspek.

Operatif dari Daerah Polis Selatan dan Kumpulan Anti-Penculikan turut terlibat dalam penangkapan tersebut.



Pada 5 Jun, empat anggota polis yang ditahan ialah Sarjan Utama Angelito David, Sarjan Utama Ralph Tumangil, Sarjan Ricky Tabora dan Mejar Carlo Villanueva.

Mereka semua didakwa dengan tuduhan menculik untuk tebusan, merompak dan mencuri kenderaan. Vc

Polis Filipina culik rakyat Malaysia, minta wang tebusan RM200,000

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor

Mari kita lihat siapa yang kena



Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]

‘Drama’ kian terungkai



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker