‘Komen korang terlalu jahil’ – Ryzal Ibrahim

‘Komen korang terlalu jahil’ – Ryzal Ibrahim

Personaliti media sosial Ryzal Ibrahim meluahkan rasa kesal selepas dikecam netizen isu dirinya yang tidak berpeluang untuk menunaikan ibadah Umrah ketika berada di Tanah Suci disebabkan kesuntukan masa, baru-baru ini.

Ryzal, menerusi Insta Stories akui tidak menyangka ramai netizen yang jahil bab pengetahuan agama yang membanjiri ruangan komen hantaran dirinya yang pergi Mekah balik hari.



“Ramai juga yang jahil pengetahuan agama dalam ruangan komen saya ke Mekah rupanya. Ustaz dah siap bagi hukum masuk Mekah pun dia tak baca. Dia pula buat hukum sendiri.”-kesal Ryzal

Bidas personaliti media sosial ini, dia menyifatkan netizen yang mengecamnya itu sebagai ‘jahil’ disebabkan terlalu malas untuk membaca ilmu agama.

“Maafkan saya kasar sikit, tapi komen korang terlalu jahil sampai nak baca ilmu pun malas. Dengan gaya pemikiran masyarakat kita macam ni, macam mana nak lawan musuh Islam? Dia gelak je tengok orang Islam bergaduh sesama sendiri.”-bidas Ryzal di Instagram

Ryzal sebelum ini memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya singgah di Kota Suci Mekah untuk mendapatkan minyak wangi kegemarannya sebelum menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.



Jelas Ryzal, dia kesuntukan masa untuk menunaikan Umrah kerana dalam transit di Jeddah daripada London sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

Lebih baik berdiam diri jika tiada perkara baik untuk diucapkan…

‘Komen korang terlalu jahil’ – Ryzal Ibrahim

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang



Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker