Penyelam mati lemas terbelit tali hos oksigen

Penyelam mati lemas terbelit tali hos oksigen

KEMAMAN: Seorang penyelam dijumpai lemas ketika melakukan kerja memotong besi kapal karam di dasar laut dekat Pantai Geliga, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa, Muhammad Aiman Zambri, 25, ditemukan oleh rakannya, Sukril Aman Rabilalim A Rani, 40, terapung di pesisir pantai sekitar jam 4.45 petang.



Menurutnya, sebelum kejadian, dua pekerja terbabit telah turun ke dasar laut sekitar jam 4 petang untuk membuat tanda pada besi kapal karam yang ingin dipotong.

“Ketika mereka mahu naik permukaan air mereka dikatakan telah terbelit dengan hos oksigen, tali kecemasan dan tali penanda besi.

“Salah seorang mangsa dikatakan dapat melepaskan diri dan naik ke permukaan air setelah berjaya membuka pemberat pada badannya sementara seorang lagi (Sukril Aman) masih cuba melepaskan diri daripada lilitan hos oksigen dan dapat melepaskan diri kira-kira lima minit kemudian,” katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, sebaik naik ke daratan Sukril Aman menemukan mangsa terapung di pesisir pantai sebelum membawanya ke daratan dan disahkan meninggal dunia.



Hanyan berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

“Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun kita masih menyiasat sama ada wujud unsur kecuaian dalam kejadian itu,” ujarnya. Sinar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang



Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker