Kanak-kanak maut dihempap pokok kelapa

Kanak-kanak maut dihempap pokok kelapa

Maran: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut akibat dihempap pokok kelapa di Felda Jengka 6 di sini, semalam.

Mangsa Wan Muhammad Harith Syauqi Wan Hazizi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh jam 10.35 pagi hari ini.



Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dikatakan sedang mengutip dahan kering bersama bapanya, Wan Hazizi Wan Kemboja, 50, di belakang rumah mereka.

Ibu mangsa, Saliah Mohd Noor, 39, berkata, ketika kejadian dia dan ahli keluarganya yang lain turut berada di luar rumah.

“Sebenarnya saya dan suami tinggal menyewa di Felda Jengka 3 dan pulang ke rumah mentua petang semalam (Sabtu).

“Sebelum kejadian, terdengar bunyi ‘prak’ tiga kali sebelum pokok kelapa tua tumbang menghempap anak. Memang ia berlaku depan mata, tapi saya tak sempat buat apa-apa,” katanya ketika ditemui, hari ini.



Saliah berkata, selepas kejadian anak bongsu daripada tiga beradik itu tidak sedarkan diri serta berlumuran darah di bahagian telinga dan hidung.

“Kami menghantar anak ke HoSHAS untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pagi tadi.

“Saya anggap ini ujian, takdir yang tertulis buat kami dan reda walaupun kehilangan anak bongsu,” katanya.

Jenazah Wan Muhammad Harith Syauqi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Jengka 6 kira-kira jam 3.30 petang hari ini. HM



Kanak-kanak maut dihempap pokok kelapa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis



Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]



‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker