Hadi tinggalkan kami selepas dua bulan kehilangan ayah

Hadi tinggalkan kami selepas dua bulan kehilangan ayah

MELAKA: Jenazah Hadi Asyraf Mad Idris, 29, mangsa kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Temu kira-kira jam 10 malam tadi.

Allahyarham dikebumikan bersebelahan kubur bapanya, Mad Idris Mad Said, yang meninggal dunia kira-kira dua bulan lalu.



Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Ar Raudhah, Padang Temu.

Kakak arwah, Safura Mad Idris, 47, berkata mereka sekeluarga reda dengan pemergian adik bongsu daripada 12 beradik itu walaupun berasa sangat sedih kerana baru kehilangan bapa pada akhir Ramadan, April lalu.

“Kali terakhir saya bertemu Hadi Asyraf ketika arwah datang ke kedai makan saya di Duyong pada bulan lalu dan genap dua bulan arwah ayah kami pergi, dia pula menyusul.

“Arwah adik seorang anak yang baik dan rajin, ketika arwah ayah kami masih ada dialah yang yang bergilir-gilir dengan abangnya menjaga ayah kami yang sakit,” katanya.



Safura berkata, adiknya pernah berhenti kerja sebagai pembantu bas di syarikat sama demi menjaga arwah ayahnya dan kembali bekerja sejak beberapa tahun lalu.

Mangsa antara empat individu terkorban dalam nahas di Jalan Kuantan-Segamat membabitkan Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah Melaka, Hasnatul Adilah Hassan, 48; pembantu operasi sekolah, Hamzah Ahmad, 60; dan guru, Dahlia Ahmad, 52.

Sementara itu, jenazah Hamzah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Londang, Alor Gajah di sini kira-kira jam 11.30 malam ini.

Terdahulu, jenazah Hamzah tiba di Masjid Al-Ehsan Kampung Londang untuk disembahyangkan oleh lebih 100 jemaah kira-kira 10.50 malam.



Turut hadir Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Sementara itu, isteri Hamzah, Shamsiah Khamis, 56, berkata arwah tidak menunjukkan perubahan ketara selain menjadi lebih pendiam berbanding sikap asalnya yang periang, sejak dua minggu lalu.

Shamsiah yang juga orang kelainan upaya ekoran sakit saraf dialaminya sejak 2002 berkata, suaminya berat hati untuk mengikut rombongan ke program penanda aras di Terengganu itu.

“Masa nak bergerak ke sekolah malam tadi sambil bawa beg, sekali lagi dia kata rasa malas betul nak pergi tapi saya kata tak apalah sebab dah letak nama,” katanya.



Bekas guru Taman Bimbingan Kanak Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) itu berkata, kehilangan suaminya amat dirasai kerana mereka sering bersama lebih-lebih lagi arwah bakal pencen bulan depan..

Dalam kejadian itu, bas yang membawa 39 penumpang temasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa guru dari SK Jeram, Masjid Tanah, bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras. BH

Hadi tinggalkan kami selepas dua bulan kehilangan ayah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil



Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?

Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)

Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker