Achik baru saja bertunang

Guru Bahasa Arab maut kemalangan.

Achik baru saja bertunang

BACHOK: Guru Bahasa Arab yang maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di sini, petang tadi, dijadual menamatkan pelajaran, September ini.

Abang mangsa, Mohd Afiq Akmal Zakaria, 26, berkata adiknya, Nur Ain Fitriah Zakaria, 24 sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sambil bekerja sebagai guru Bahasa Arab di sebuah Sekolah Menengah Ugama (Agama) (SMU A) di Kampung Chap.



Lebih menyayat hati, kemalangan berlaku hanya dua kilometer untuk tiba ke rumah mangsa.

Mohd Afiq mengetahui kejadian menerusi seorang penduduk kampung kerana kereta dipandu Nur Ain Fitriah adalah miliknya.

“Achik (panggilan untuk Nur Ain Fitriah) baru sebulan mengajar di sekolah itu selepas tamat pengajian Bahasa Arab di Mesir, saya pun sama cuma kami mengajar berlainan sekolah, saya di SMU(A) Nurul Huda, Bukit Yong, Pasir Puteh.

“Kali terakhir jumpa arwah malam tadi, dia nampak lebih pendiam berbanding biasa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di Kampung Kubang Telaga, di sini, hari ini.



Mohd Afiq berkata, ahli keluarga termasuk ibu bapa mereka masih terkejut dengan kehilangan Nur Ain Fitriah.

Katanya, lokasi itu adalah laluan harian mangsa untuk ke sekolah.

“Achik anak kedua daripada lima beradik, baru bertunang dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan Januari tahun depan,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat.



Nur Ain Fitriah meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas kereta Perodua Myvi dipandunya bertembung dengan lori muatan tanah ketika pulang daripada tempat kerja. BH

Achik baru saja bertunang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil

Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?



Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)

Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker