Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis

Butterworth: Polis menahan dua lelaki yang terbabit dalam pergaduhan di sebuah kedai runcit di Seberang Jaya, di sini hingga video perbuatan mereka tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Helmi Aris berkata pihaknya mengesan satu video memaparkan insiden pergaduhan dua lelaki itu kira-kira jam 9.45 pagi semalam.



“Hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada 3 Jun (Isnin lalu), kira-kira jam 11.50 malam di sebuah kedai runcit.

“Ketika kejadian, pekerja di premis itu didatangi dua pelanggan lelaki yang salah seorang mereka meminta mengambil minuman keras.

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don



“Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham antara pelanggan berkenaan dengan pekerja terbabit sehingga mereka bertumbuk dalam premis itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, pergaduhan itu kemudian berlarutan sehingga luar premis apabila pelanggan yang tidak berpuas hati kemudian memukul belakang kepala pekerja kedai itu dengan topi keledar.

“Salah seorang daripada mereka cedera ringan di muka. Polis menahan kedua-dua individu terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Terdahulu tular dua klip video di media sosial memaparkan kejadian pergaduhan antara dua individu di dalam dan luar kedai runcit.



Salah seorang pelanggan yang didapati dalam keadaan mabuk bersama seorang jurujual kemudian bertumbuk dan memukul antara satu sama lain sebelum situasi itu dileraikan orang awam. HM

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil

Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?



Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)

Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker