Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini

Orang Islam diperintahkan agar melakukan banyak kebaikan sepanjang kehidupan di dunia sebagai bekalan untuk memperoleh kebahagiaan di akhirat nanti. Dan umum mengetahui setiap ibadah yang dilakukan pastinya akan mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T. Firman Allah dalam surah al-Baqarah: 148,

“…oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”



Walaupun setiap ibadah yang orang Islam lakukan dijanjikan ganjaran pahala, namun begitu bagi seorang wanita yang bergelar isteri, mereka tidak boleh sewenangnya melakukan ibadah ini tanpa keizinan suami.

Dan jika mereka tetap lakukan juga, hukumnya haram dan berdosa. Antara ibadah yang isteri tidak boleh lakukan tanpa mendapat keizinan suami sebagaimana yang disebut dalam hadis Baginda s.a.w. ialah:

Pertama: Puasa sunat

Sebaik-baik ibadah adalah puasa sunat, akan tetapi ibadah ini jika dilakukan hukumnya haram dan berdosa sekiranya suami tidak izinkan. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Baginda s.a.w. bersabda,



“Tidak halal bagi seorang perempuan berpuasa dan suaminya ada kecuali dengan izinnya dan tidak juga ia mengizinkan (seseorang) ke rumahnya kecuali dengan izinnya (suami)”

Dalam hadis yang lain,

“Seorang wanita tidak boleh berpuasa walaupun satu hari dalam keadaan suaminya berada di rumah, kecuali dengan izin suaminya, melainkan pada bulan Ramadan” (HR Bukhari & Muslim)

Yang dimaksudkan puasa dalam hadis ini ialah puasa sunat dan bukan puasa wajib seperti puasa bulan Ramadan, puasa nazar atau puasa kafarah. Puasa sunat perlu dengan izin suami kerana pertama, tiada waktu yang khusus untuk melakukannya. Bila-bila masa pun boleh dilakukan.



Kedua, suami memiliki hak untuk bersenang-senang dengan isteri pada setiap hari dan haknya wajib dilakukan langsung. Isteri perlu taat jika suami menyuruhnya membatalkan puasa sunat. Begitu juga dengan puasa qada, isteri masih perlu tetap meminta keizinan suaminya kerana puasa qada masih boleh ditunda perlaksanaannya.

Kedua: Bersedekah

Amalan bersedekah adalah amalan yang mulia dan sangat dituntut dalam Islam. Walaubagaimanapun ibadah ini juga perlu mendapatkan keizinan suami, jika tidak sedekah yang dihulurkan isteri menjadi dosa. Itu kerana seorang isteri tidak boleh mengeluarkan sesuatu pun dari rumahnya kecuali dengan izin suami.

Diriwayatkan dari Abu Umamah al-Bahali berkata,



“Aku mendengar Rasulullah s.a.w. pada khutbahnya di hari Hajjatul al-Wada bersabda, “(Isteri) tidak boleh mengeluarkan sesuatu pun dari rumah suaminya kecuali atas izinnya,” lalu ditanya,

“Wahai Rasulullah! Sekalipun makanan?” Baginda menjawab, “(Ya) kerana ia adalah harta benda kita yang paling baik” (HR Tirmizi)

Dalam hadis yang lain dari Abdullah bin Amr r.a. Baginda bersabda,

“Tidak harus bagi isteri memberikan pemberian melainkan dengan izin suaminya” (HR Abu Daud & Nasaie)



Amalan bersedekah adalah amalan yang sangat mulia. Walaupun begitu ia masih perlu mendapatkan kebenaran dari suami. Akan tetapi terdapat pandangan ulama yang membenarkan isteri bersedekah tanpa keizinan suami dengan syarat kadar sedekah yang dihulur itu sedikit sebagai contoh isteri memberikan segelas air kepada seseorang yang dahaga. UTV Wallahu a’lam

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang

Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker