Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Berjaya Food Berhad, yang mengendalikan beberapa jenama makanan dan minuman termasuk Starbucks, melaporkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM33.16 juta bagi suku kewangan ketiga berakhir 31 Mac 2024, berbanding RM25.39 juta keuntungan yang diperolehnya dalam tempoh sama tahun lepas.

Pendapatan syarikat itu juga merosot hampir separuh, daripada RM265.85 juta kepada RM138.65 juta dalam tempoh tersebut.



“Pendapatan dan kerugian sebelum cukai yang jauh lebih rendah yang ditanggung pada suku semasa yang ditinjau adalah disebabkan terutamanya oleh sentimen semasa berhubung konflik di Timur Tengah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, bagi tempoh sembilan bulan sehingga 31 Mac 2024, syarikat itu melaporkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM44.65 juta, berbanding keuntungan RM127.48 juta pada tahun sebelumnya.

Pendapatannya juga menurun daripada RM844.22 juta kepada RM599.74 juta.

Syarikat itu mengaitkan kemerosotan itu disebabkan sentimen oleh “sebab-sebab yang disebutkan sebelum ini”, serta kerugian ‘one off’ daripada jualan pegangannya dalam Jollibean Foods Pte Ltd.



“Tidak termasuk perbelanjaan luar biasa berkaitan pelaburan, kerugian sebelum cukai adalah RM34.15 juta dalam tempoh semasa dalam tinjauan,” katanya.

“Lembaga Pengarah tidak mengesyorkan sebarang dividen untuk suku semasa dalam tinjauan,” tambahnya.

Ia berkata pengarah syarikat percaya perniagaan syarikat akan bertambah baik secara beransur-ansur sepanjang suku berbaki bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024.

Sasaran boikot seluruh dunia



Francais Starbucks di seluruh dunia menjadi sasaran boikot oleh mereka yang menyokong perjuangan Palestin, selepas ia mengambil tindakan terhadap kesatuan pekerja di Amerika Syarikat kerana menyiarkan sokongannya terhadap Palestin di media sosial.

Jenama itu telah membantah penggunaan logonya pada mesej kesatuan yang menyokong rakyat Palestin.

Startbucks Malaysia berkata ia menjunjung nilai kemanusiaan dan tiada sebarang agenda politik, tetapi kedai dan pekerjanya menjadi sasaran keganasan kerana maklumat salah mengenai perniagaan syarikat itu.

Pengasas Berjaya Group, Vincent Tan merayu orang ramai untuk mengakhiri boikot terhadap Starbucks, dengan menyatakan 85 peratus pekerja Starbucks Malaysia terdiri daripada mereka yang beragama Islam. Mk



Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis



Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang

Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam



Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker