Yasin semakin pulih setelah menerima rawatan di Hospital Bahagia

SHAH ALAM: Penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, mengesahkan dirinya kembali sihat selepas menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, berbanding ketika di penjara.

Muhammad Yasin, 49, yang diarahkan menjalani rawatan selepas dibebaskan atas tuduhan dadah berkata, hospital terbabit memastikan dia kekal sihat sejak enam bulan lalu.

“Alhamdulillah, kalau di penjara dulu sakit tetapi sekarang sihat duduk di hospital.



“Cukup ubat, makan dan tidur,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nadia Othman, hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Jun ini untuk pengurusan kes seterusnya berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan penyanyi itu oleh Mahkamah Sesyen, tahun lalu.

Nadia berkata, ia bagi memberi masa kepada peguam bela Muhammad Yasin, Ariff Azami Hussein, untuk meneliti rekod rayuan kes yang diberikan kepadanya.

“Kalau ikut status hari ini adalah bagi lantikan peguam. Saya e-mel rekod rayuan kepada peguam, jadi tarikh pengurusan kes ditetapkan 11 Jun,” katanya.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lokman Kasim.

Ketika di luar mahkamah, Muhammad Yasin menyatakan persetujuannya melantik semula Ariff Azami yang adalah peguam dalam prosiding di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sebelum ini.

“Prosiding di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sudah selesai. Cuma dibawa ke Mahkamah Tinggi (kerana pendakwaan membuat rayuan), saya ikut prosedur.

“Saya harap kes (rayuan) berjalan lancar dan pantas supaya berakhir dengan cepat. Lagi pun saya sedang menjalani rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, itu pun sudah enam bulan.



“Saya makan semua ubat dah mengikuti segala program di hospital itu,” katanya.

Pada 29 November lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan penyanyi dan komposer berusia 49 tahun itu atas tiga tuduhan kes dadah.

Bagaimanapun, Hakim Faiz Dziyauddin, mengarahkan penyanyi itu ditempatkan di bawah jagaan selamat di Hospital Bahagia Ulu Kinta mengikut Seksyen 348(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).

Muhammad Yasin akan ditempatkan di hospital berkenaan selama tempoh mengikut perkenan Sultan Selangor di bawah Seksyen 348(2) KTJ.



Muhammad Yasin didakwa memberikan dirinya dadah di pejabat narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada jam 11.05 malam, 24 Mac 2022.

Pendakwaan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Penyanyi itu juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah di kediamannya di Persiaran Surian, Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara, jam 5.30 petang, pada tarikh sama.

Pertuduhan memiliki dadah mengikut Seksyen 6 ADB 1952 dan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh disebat tidak kurang 10 kali jika sabit kesalahan.



Bagi pertuduhan menanam pokok kanabis, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) ADB 1952 dan boleh dipenjara seumur hidup serta tidak kurang enam sebatan jika sabit kesalahan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang

Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker