Pengarah syarikat jam Islamik didenda RM13,500, jual jam azan tanpa perakuan

Pengarah syarikat jam Islamik didenda RM13,500, jual jam azan tanpa perakuan

Selayang: Pengarah sebuah syarikat jam Islamik terkenal didenda RM13,500 oleh dua Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memiliki 703 jam azan bernilai RM222,000 tanpa diperakui Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ) Kementerian Dalam Negeri (KDN), tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Basri Ibrahim, 34, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Chai Guan Hock dan Nur Hafizah Rajuni.



Prosiding di hadapan Chai, lelaki itu dikenakan denda RM6,500 dan dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu manakala Nur Hafizah memerintahkan penjara tujuh bulan sekiranya dia gagal membayar denda RM7,000.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Mohamad Basri didakwa memiliki 219 Bilal Jam Azan jenis Mecca Edition, 271 unit Bilal Jam Azan jenis Medina Edition dan 213 unit Bilal Jam Azan jenis Aqsa Edition yang tiada perakuan kelulusan oleh LPPPQ KDN.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Taman Samudera, Batu Caves, pada 12.30 tengah hari, 27 November 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6(1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM 50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.



Sementara itu, Pegawai Pendakwa KDN, Nik Nazmi Nik Azwin dan Surieyani A Razak memohon hukuman sewajarnya sebagai pengajaran kepada tertuduh serta pemain industri percetakan lain untuk lebih bertanggungjawab ke atas kesucian agama dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Mohamad Basri yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana penanggung tunggal keluarga dan isterinya tidak bekerja selain pendapatannya terjejas selepas barangan perniagaannya disita.

“Saya juga memohon hukuman ringan kerana saya sudah memperoleh perakuan daripada pihak LPPPQ KDN pada hujung April lalu,” katanya.

Ketika ditanya Nur Hafizah mengenai pekerjaannya, Mohamad Basri mengakui sebagai Pengarah Buruj Watches Sdn Bhd. HM



Pengarah syarikat jam Islamik didenda RM13,500, jual jam azan tanpa perakuan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga



‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC

Hartawan kelahiran Malaysia CEO terima gaji tertinggi di Amerika



Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker