Khairy minta ‘masa tambahan’ buat keputusan sertai Bersatu

Khairy minta ‘masa tambahan’ buat keputusan sertai Bersatu

Khairy Jamaluddin berkata beliau telah memohon “masa tambahan” untuk memikirkan tawaran menyertai Bersatu yang dibuat presidennya Muhyiddin Yassin pada bulan lalu.

Bekas ketua Pemuda Umno itu, beliau bertemu dengan pengerusi Perikatan Nasional (PN) terbabit pada Isnin lalu yang memberikan lagi masa kepadanya untuk membuat keputusan.



“Beliau (Muhyiddin) menawarkan keahlian dalam Bersatu dan peluang terlibat PRN negeri, jadi saya telah jumpa dan memberi pandangan saya…beliau minta saya fikir lagilah.

“Saya telah setuju untuk fikir lagi dan minta beliau sedikit masa, jadi DUN belum bubar mungkin ada sedikit masa untuk apa-apa berlaku (sebelum PRN),” katanya pada podcast Keluar Sekejap.

Pada 17 Mei lalu, Muhyiddin secara umum menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu kerana percaya Khairy mampu memberi sumbangan kepada parti.

Umno memecat bekas Ahli Parlimen Rembau itu atas pelanggaran disiplin parti mengikut perlembagaan Umno kerana kesalahan sewaktu PRU15.



Khairy turut mendakwa wujud fitnah dilemparkan laskar siber Pakatan Harapan (PH) yang mendakwanya mahu diberi jawatan timbalan presiden Bersatu dan dijadikan calon PN di DUN Kota Damansara.

“Saya nak beritahu cybertrooper PH, jangan menyebar berita palsu.

“Saya rasa ini tak beretika dalam politik dan salah satu sebab saya sendiri tak berapa senang dengan PH, sebahagian besar rakyat pun tak senang perangai cybertrooper ini,” katanya. FMT

Khairy minta ‘masa tambahan’ buat keputusan sertai Bersatu



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia



Diva AA serang Diva BB? (Video)

Seluar Hannah Delisha jadi bualan, ramai sakit mata



Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker