Banjir: Selangor hampir pulih, keadaan di Perak tak berubah

PETALING JAYA: Keadaan banjir di Selangor beransur pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi menurun kepada 429 orang berbanding 697 orang pagi tadi.

Menurut laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, semua mangsa ditempatkan di lapan PPS iaitu lima di daerah Sepang dan tiga di Kuala Langat.

Dua PPS di daerah Hulu Langat iaitu SK Bangi dan SK Ulu Semenyih pula ditutup, lapor Bernama.



Sementara itu di Perak, keadaan banjir di negeri itu tidak banyak berubah namun jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS berkurangan sedikit iaitu 496 mangsa malam tadi berbanding 507 pada pagi tadi.

Semua mangsa ditempatkan di lima PPS.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak, dalam kenyataan memaklumkan, di Hilir Perak, 166 mangsa daripada 52 keluarga masih berada di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak manakala PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan pula menempatkan seramai 130 orang daripada 42 keluarga.

Seramai 46 mangsa daripada 13 keluarga pula masih ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Chikus.



Mangsa banjir di Kerian pula kekal 97 orang daripada 24 keluarga yang ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga masih kekal berlindung di PPS SK Alor Pongsu, menurut kenyataan itu.

Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong masih pada tahap bahaya iaitu 4.01 meter.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran



TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker