Arwah ‘pergi’ dalam tersenyum – Kilafairy

Arwah ‘pergi’ dalam tersenyum – Kilafairy

Pelakon Kilafairy, 31, menyifatkan peluang berada di sisi arwah ibunya, Allahyarham Rohana Jalil, 68, sehingga penghujung hayatnya adalah momen tidak mampu dilupakan.

Biarpun diselubungi perasaan sedih, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan tetap reda apabila arwah yang juga penyanyi popular era 1980-an menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.34 malam tadi.



Kilafairy berkata, dia bersyukur berpeluang melaksanakan tugas sebagai anak dengan memandikan dan menyempurnakan urusan pengebumian arwah, sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, di sini, hari ini.

“Alhamdulillah, arwah pergi dalam keadaan baik dan segala urusan pengurusan jenazah termasuk pengebumian dipermudahkan. Malah, arwah juga pergi dalam keadaan tersenyum.

“Sudah tentu perasaan saya sangat sedih dengan pemergian arwah, namun hasil didikannya bersama bapa, saya reda dengan segala ketentuan yang diatur Allah.

“Saya bersyukur sebab dapat berada di sisi arwah daripada awal sehingga semuanya berakhir. Saya berada di sisi sehingga arwah menghembuskan nafas terakhir dan berkesempatan memandikannya.



“Itu adalah pengalaman sukar diungkapkan dengan kata-kata. Mungkin itu juga membuatkan saya lebih tenang berdepan dengan ujian ini,” katanya ditemui selepas urusan pengebumian Allahyarham Rohana di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, jam 11.45 pagi ini.

Terdahulu, Allahyarham Rohana dimasukkan ke HCTM, UKM sejak dua bulan lalu akibat kebocoran usus. Ia menyebabkan kuman sudah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang.

Seperti insan lain yang kehilangan ibu tercinta, Kilafairy berkata, situasi itu meninggalkan kesan cukup mendalam, apatah lagi, hubungan mereka sangat rapat.

“Disebabkan saya masih belum mendirikan rumah tangga dan tinggal bersama ibu bapa, jadi hubungan sangat rapat. Banyak momen indah dikongsikan bersama.



“Masakan arwah antara perkara yang paling tidak boleh dilupakan dan saya pasti akan merinduinya.

“Antara masakan paling saya suka adalah lontong, laksa Johor dan banyak lagi,” katanya.

Pada masa sama, Kilafairy menjelaskan, dia masih belum bersedia untuk memuatnaik sebarang perkongsian dalam media sosial berhubung pemergian arwah ibunya.

“Saya rasa belum tiba masa untuk berkongsi dalam media sosial, mungkin dua tiga hari lagi. Bagaimanapun, saya terharu dengan kata positif yang diberikan oleh semua pihak.



“Hari ini juga saya tidak sangka ramai datang memberikan penghormatan terakhir buat arwah. Saya sedia maklum, arwah memang mempunyai hubungan baik dengan rakan-rakan media,” katanya.

Allahyarham Rohana yang berasal dari Kota Tinggi, Johor mula menceburkan diri dalam bidang seni selepas memenangi pertandingan Bintang RTM pada 1980.

Sepanjang empat dekad berkecimpung dalam bidang muzik, arwah sudah merakamkan lebih 20 album termasuk album kompilasi dan projek khas.

Antara lagu popularnya adalah Rayuan Ku, Resah Ku, Kerana Dia Kita Terpisah, Faez dan Jauh Terkenang.



Hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Jahangir Khan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Rosella, Shakira Idora dan Kilafairy. BH

Arwah ‘pergi’ dalam tersenyum – Kilafairy

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia

Diva AA serang Diva BB? (Video)

Seluar Hannah Delisha jadi bualan, ramai sakit mata

Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker