Arwah isteri terbaik – suami Rohana

Arwah isteri terbaik – suami Rohana

“Dia adalah isteri terbaik, itulah yang saya boleh gambarkan. Segala kebaikannya tidak boleh dilupakan.” Demikian ungkapan suami Allahyarham Rohana Jalil, 68, iaitu Jahangir Khan, 66.

Jahangir mengakui, keperibadian murni dimiliki arwah sememangnya tiada tolok ganti, malah meluahkan rasa syukur dapat bersamanya sehingga akhir hayat.



Selama 40 tahun menyemai benih cinta sebagai suami isteri, cukup membuatkan Jahangir yang juga pesara polis menjadi insan paling bahagia dan tidak dapat melupakan segala momen indah bersama arwah.

“Apa yang saya boleh rangkumkan mengenai keperibadian arwah, beliau adalah insan yang terbaik dalam semua aspek.

“Saya bertuah kami dapat kekal hidup bersama sehingga akhir hayat. Walaupun sibuk dengan kerjaya, saya sebagai pegawai polis dan beliau pula penyanyi, namun kehidupan rumah tangga kami bahagia,” katanya ditemui selepas pengebumian arwah Rohana di Tanah Perkuburan Islam USJ22, di sini, hari ini.

Jahangir berkata, dia menyedari tahap kesihatan arwah mula merosot, tahun lalu apabila melihat tubuh isterinya semakin kurus.



Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur kehadiran tiga cahaya mata yang turut bersama menjaga arwah.

“Apabila melihat tubuh arwah semakin susut dan kurus, saya ada mengajaknya ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kesihatan, tetapi arwah menolak dan memberitahu tiada apa-apa yang berlaku.

“Namun, April lalu apabila arwah sudah sakit, saya terus bawa ke hospital dan doktor memaklumkan arwah mengalami kebocoran usus.

“Selama dua bulan saya menjaganya bersama anak-anak,” katanya kepada BH Online.



Terdahulu, Allahyarham Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil yang juga penyanyi popular era 1980-an menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.34 malam tadi.

Jenazah arwah Rohana selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, di sini, kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Sebelum itu, jenazah Rohana yang juga penyanyi popular era 1980-an itu disolatkan di Masjid Al-Falah USJ9. BH

Arwah isteri terbaik – suami Rohana



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia



Diva AA serang Diva BB? (Video)

Seluar Hannah Delisha jadi bualan, ramai sakit mata



Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker