Anwar nafi syarikat Israel beli saham MAHB

Anwar nafi syarikat Israel beli saham MAHB

Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas pembangkang berhubung dakwaan mengatakan saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) akan dimiliki syarikat pro-Zionis.

Beliau berkata dakwaan itu tidak berasas dan dibangkitkan pembangkang hanya semata-mata untuk melahirkan kebencian rakyat kepada kerajaan.



“…tiada yang positif daripada dia (pembangkang), hanya menghasut penuh dengan kebencian dan dengki. Segala kenyataan kita yang diakui oleh dunia termasuk pertemuan dengan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, tidak beri sesuatu yang positif kepadanya, yang dicari fitnah dan hasutan.

“Ringgit dan bursa bertambah mengukuh itu hanya menyakitkan hati mereka,” katanya lapor Bernama, pada sidang media di Astana, Kazakhstan.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook menolak dakwaan pembangkang bahawa Khazanah Nasional Bhd merancang untuk menjual pegangannya dalam MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah dana pelaburan prasarana yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Ia susulan laporan Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerajui konsortium antarabangsa, Gateway Development Alliance, yang menawarkan mengambil alih MAHB.



Dua syarikat pelaburan berkait kerajaan itu berganding dengan GIP dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA).

Sehingga 14 Mei, konsortium itu dan syarikat induknya secara agregat memiliki 41.1% saham MAHB yang diterbitkan. Sebaik tawaran sukarela prasyarat itu diselesaikan sepenuhnya, Khazanah akan meningkatkan pemilikan dalam MAHB daripada 33.2% kepada 40%, manakala KWSP daripada 7.9% kepada 30%.

Pelabur Malaysia berkenaan secara kolektif akan memiliki 70% MAHB, manakala ADIA dan GIP masing-masing memiliki baki 30%.

Kerajaan Malaysia akan mengekalkan pemilikan saham khas dalam MAHB, manakala pengerusi serta CEO akan terus dilantik dalam kalangan warga Malaysia, menurut kenyataan konsortium berkenaan. FMT



Anwar nafi syarikat Israel beli saham MAHB

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan



Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024

Maaf ya pelakon bermasalah



Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker