Gaduh di stesyen minyak

'Minyak untuk go-kart punca gaduh'

Gaduh di stesyen minyak

ISKANDAR PUTERI: Perselisihan faham didakwa menjadi punca pertengkaran membabitkan dua lelaki dipercayai warga asing dengan seorang penunggang motosikal yang mana video insiden itu tular di media sosial, hari ini.

Video berdurasi satu minit 50 saat itu, memaparkan pertelingkahan tiga individu itu di sebuah stesen minyak dekat Sunway Box di sini pada jam 8.37 malam, 16 Jun lalu.



Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, berkata pihaknya menerima satu laporan dibuat seorang pengadu yang juga lelaki tempatan yang bekerja sebagai penghantar makanan.

“Pengadu mendakwa ketika hendak mengisi minyak di stesen minyak itu, sebuah kereta bernombor pendaftaran Singapura dinaiki dua lelaki dipercayai warga asing, berhenti untuk mengisi minyak di pam yang sama.

“Pengadu ke pam untuk mengisi minyak tetapi dia mendakwa melihat warga asing itu sedang memegang tong di pam yang sama.

“Berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pihak, bagaimanapun selepas pemeriksaan minyak yang ingin diisi warga asing berkenaan adalah untuk kegunaan go-kart,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.



Beliau berkata, pertengkaran yang berlarutan di antara lima hingga 10 minit itu dileraikan Polis Bantuan Sunway yang turut berada di lokasi kejadian.

Pada masa sama, beliau memaklumkan, pengadu kemudian tidak berminat meneruskan kes berkenaan dan kes telah diklasifikasikan sebagai ‘no further action’ (NFA). BH

Gaduh di stesyen minyak

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia

Diva AA serang Diva BB? (Video)



Seluar Hannah Delisha jadi bualan, ramai sakit mata

Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker