Siapa cakap saya guna dana Macau Scam, marah Chacha Maembong

Pelakon Chacha Maembong akhirnya membuka mulut selepas beberapa hari namanya hangat terseret sama dalam ‘plot cerita’ Macau Scam yang membabitkan beberapa artis di Malaysia.

Melalui kenyataan yang diberi di akaun Instagramnya, @chacha_maembong, gadis itu memberi penjelasan tentang hubungannya dengan individu kononnya berpangkat Datuk dan wanita bernama ‘Datin Alya’ serta kaitannya dengan aktiviti Macau Scam serta perjvdian Online.

Menurut Chacha, segala pertvduhan yang dikeluarkan oleh orang tidak bertanggungjawab di media sosial sejak beberapa hari lalu adalah sebuah fitn4h buat dirinya.

Guna artis cuci duit haram, 2 pegawai kanan polis ditahan (Macau Scam)

Dia juga tak teragak agak untuk mengambil tindakan guaman kerana reputasi dan perniagaannya terjejas.

Adik Emma Maembong itu mengatakan akib4t daripada fitn4h tak bertanggungjawab itu, reputasi serta perniagaan Elysyle Cmsecrets yang dijalankan terjejas.

“Baru baru ini saya telah mendapat tahu bahawa terdapat beberapa individu dalam media sosial yang mengeluarkan kenyataan fitn4h dan tidak benar terhadap saya.

“Bahawa saya memulakan perniagaan kononnya dengan dana yang diperolehi daripada individu yang kononnya dikenali sebagai Dato Zaidi Kanapiah dan saya terlibat dalam aktiviti Macam Scam dan juga perjvdian online.

“Akib4t daripada kenyataan yang dibuat beberapa penama ini, saya telah mendapat kec4man di media sosial dan ini telah menjejaskan reputasi saya dan menjejaskan perniagaan saya,” tulis Chacha di Instagramnya beberapa jam tadi.

Gadis berusia 24 tahun itu juga dengan sekerasnya menafikan sudah mengenali individu berpangkat Datuk itu, apa lagi pernah bertemu dan berhubung dengannya.

Sehubungan itu, dengan tegas dia mengatakan sumber atau dana perniagaannya adalah hasil dari titik peluh sendiri.

“Saya ingin menegaskan bahawa sumber dana perniagaan saya merupakan hasil titik peluh saya. Untuk makluman, produk keluaran sata adalah kerjasama dengan sebuah syarikat ternama di Malaysia dan Asia, tiada kaitan dengan penglibatan dana atau modal dari sumber lain,” katanya lagi.

Chaca Maembong nafikan ada hubungan istimewa dengan dan ini penjelasannya sebenar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker