Perdana Menteri Sweden letak jawatan sebab menang tipis pilihan raya

Perdana Menteri Sweden letak jawatan sebab menang tipis pilihan raya

STOCKHOLM: Walaupun blok haluan kanan menang majoriti tipis dalam pilihan raya Ahad lalu, namun, Perdana Menteri Sweden, Magdalena Andersson tetap mengumumkan peletakan jawatan.

Andersson yang merupakan pemimpin parti Demokrat Sosial berkata, parti itu tetap memiliki majoriti dengan memenangi 176 daripada 349 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.



“Saya akan serahkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan tanggungjawab bagi proses seterusnya akan diserahkan kepada speaker.

“Saya kini memulakan kerja bagi membentuk kerajaan baharu dan kuat,” katanya.

Keputusan penuh pilihan raya akan diumumkan selepas proses pengundian semula yang sudah menjadi amalan standard di Sweden.

Jawatan Perdana Menteri kemungkinan besar akan diserahkan kepada pemimpin parti Moderate, Ulf Kristersson.



Difahamkan, rundingan bagi pembentukan kerajaan baharu akan mengambil sedikit masa.

Andersson merupakan Perdana Menteri wanita pertama yang mentadbir negara sejak tahun lalu. Utusan

Perdana Menteri Sweden letak jawatan sebab menang tipis pilihan raya


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid



Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker