Pengikut fanatik, pemimpin ego punca parti politik semakin banyak – Musa Hitam

Pengikut fanatik, pemimpin ego punca parti politik semakin banyak – Musa Hitam

Ketaksuban pengikut selain keegoan pemimpin yang sering beranggapan diri mereka betul merupakan antara penyebab mengapa parti politik di negara ini semakin tumbuh melata.

Lebih membimbangkan, tegas bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, segelintir pemimpin dilihat hanya memikirkan kehendak ingin berkuasa berbanding kepentingan rakyat.

Perubahan landskap politik negara, kata Musa, jelas ketara selepas sistem demokrasi negara memberi kebebasan pada penubuhan parti politik.

“Di Malaysia kita bermula dengan satu parti yang dominasi negara ini, selepas itu kita melihat sistem demokrasi memberi kebebasan kepada semua untuk menubuhkan parti politik mereka.

“Namun, apabila semakin demokrasi dan bebas, ada pemimpin poliitk yang ini menonjolkan diri mereka. Masalahnya apabila ada sesetengah mereka ini berasa marah dan ingin membuat perubahan dengan dokongan penyokong ‘kaki kipas’, merecukkan (mencucuk) sana sini,” kata Musa mengulas perkembangan semasa gelanggang politik negara ketika ini.

Mengulas lanjut, kata Musa, dalam penantian menanti pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan, apa yang perlu diutamakan pemimpin politik ialah kepentingan rakyat berbanding kemaruk kuasa semata-mata.

“Mari kita pastikan setiap undian itu adalah rahsia, semua rakyat mempunyai hak untuk ekspresi pandangan mereka melalui kertas undi dalam menentukan siapa layak diberi mandat.

“Pastikan pilihan raya yang bebas, agar undi itu rahsia dan kita boleh melaksanakannya,” kata Musa menitip pesanan.

Dalam perkembangan berkaitan, Musa turut mengulas keghairahan segelintir pemimpin dalam UMNO yang didakwa beliau berusaha untuk mendapat tempat dalam parti berbanding melatakkan kepentingan rakyat.

“Dalam politik ada jatuh bangunnya, saya tidak rasa UMNO akan kekal selama-lamanya hingga kiamat… itu tidak realistik.

“Perpecahan yang jelas bagi saya, ia berlaku. Terdapat perpecahan induk di kalangan UMNO sendiri, ia adalah proses demokrasi kerana masing-masing cuba untuk menaikkan nama dalam UMNO.

“Masing-masing menggunakan kedudukan mereka, kerana mereka mahu menaikkan diri dengan alasan untuk kepentingan parti. Tetapi bahagian diri sendiri adalah yang menguasainya sekarang,” ulas Musa.

Tambahnya, perkara itu seharusnya dielakkan, sebaliknya kepentingan negara menjadi keutamaan.

“Saya berharap kepentingan diri itu tidak sepatutnya menjadi keutamaan, apa lebih penting meletakkan kepentingan masyarakat demi negara kita yang tercinta,” katanya lagi. Awani

Pengikut fanatik, pemimpin ego punca parti politik semakin banyak – Musa Hitam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker