Universal Music Malaysia rayu jangan boikot artis

Kami (Universal Music Malaysia) menentang keganasan.

Universal Music Malaysia rayu jangan boikot artis

Syarikat rakaman dan penerbitan album, Universal Music Malaysia, berpendirian teguh menentang segala bentuk keganasan bukan seperti kenyataan mengelirukan yang dikeluarkan Universal Music Group (UMG) sebelum ini.

Pengarah Artis repertoar (A&R) dan pemasaran Universal Music Malaysia, Hermond Cheng menegaskan, pihaknya lebih menghargai keharmonian dan tidak menyokong mana-mana peperangan yang akhirnya membawa kemudaratan manusia.



“Sebenarnya itu ialah kenyataan akhbar yang lama. Kami (Universal Music Malaysia) menentang keganasan. Itu ada dinyatakan di bahagian bawah kenyataan akhbar tersebut.

“Kami tidak menyokong apa-apa peperangan. Dalam muzik kami mahu semua orang aman damai,” katanya.

Hermond ditemui Utusan Malaysia semasa majlis pra dengar album perdana kumpulan Dolla bertajuk New Classic, di Petaling Jaya, semalam.

Maklum terdapat segelintir pihak yang ingin memboikot artis di bawah Universal Music Malaysia, Hermond berharap perkata itu tidak diteruskan kerana akan memberi kesan buruk kepada periuk nasi artis tempatan.



“Tak perlukah boikot artis kami kerana semua orang pun mencari rezeki. Jadi mengapa kita boikot?

“Saya bersyukur artis-artis di bawah naungan Universal Music Malaysia tidak diboikot oleh peminat-peminat mereka,” katanya lagi.

Sebelum ini, UMG menerusi satu hantaran dimuat naik di Instagram tanpa selindung menghentam perjuangan Hamas dengan menyifatkan tindakan mereka sebagai ‘barbarik’.

UMG juga mengatakan Hamas ialah pengganas yang akan menyumbang kepada peningkatan anti-semitism dan ketaksuban lain. Utusan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?



Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU



Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker