Ceroboh bilik isteri orang, Polis tahan bekas kapten pasukan Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sudah menahan seorang lelaki yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan kerana didapati menceroboh bilik di sebuah hotel di Petaling Jaya, Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid menerusi kenyataan media memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita warga tempatan yang menyatakan biliknya diceroboh bekas pemain bola sepak itu.

“Berlaku perselisihan faham antara pengadu dan bekas pemain bola sepak itu sebelum wanita berkenaan meninggalkan hotel terbabit untuk menyelamatkan diri.



“Hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, suspek berjaya ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk membantu siasatan.

“Suspek juga sudah direman di Mahkamah Petaling Jaya bermula 23 Jun sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Terdahulu, arena bola sepak negara terus ‘menggegarkan’ sukan tanah air dengan terbaharu seorang lelaki yang juga mantan kapten skuad kebangsaan sekitar tahun 2000 ditahan polis dipercayai terbabit dengan kesalahan menceroboh bilik di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Menurut sumber, laporan polis dibuat selepas mendapati bekas pemain bola sepak yang pernah beraksi bersama pasukan di utara tanah air menceroboh bilik hotel sebelum bertindak agresif hingga menyebabkan berlaku sedikit kekecohan.



Selain itu, Mohamad Fakhrudin mengesahkan kes di siasat mengikut seksyen 448 kanun keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebaran perbuatan jenayah,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya



Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker