Fesyen ‘beanie’ Nabil jadi ikutan

Fesyen ‘beanie’ Nabil jadi ikutan

Ketika artis menjadi ‘role model’ dianggap tidak relevan, pengacara popular, Nabil Ahmad berusaha mengembalikan kepercayaan dengan cara tersendiri.

Nabil berkata, sebelum ini pembabitannya dalam bidang seni lebih menjurus kepada mengejar wang ringgit dan populariti, kini ‘nawaitu’ sudah berubah.



“Ketika mula menceburi bidang seni, fikiran saya untuk berhibur, mengejar nama dan wang ringgit.

“Memang tak terfikir langsung soal mengejar pahala. Namun, sekarang, perasaan mencari pahala lebih banyak dan ia terbit secara semula jadi dalam hati.

“Disebabkan itu, dalam apa juga yang dilakukan, niat saya biarlah ia mampu memberi manfaat kepada orang lain.

“Jika ada ganjaran pahala di sebalik perbuatan, saya amat bersyukur,” katanya kepada BH Online.



Penjelasan diberi pemilik nama lengkap Ahmad Nabil Ahmad, 39, itu secara tidak langsung menjawab tanda-tanya kemunculannya mengenakan topi berbentuk kopiah yang digayakan ketika mengacarakan malam kemuncak, Anugerah MeleTOP, tidak lama dahulu.

Bekas penyandang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2008 itu berkata, dia tidak menjangka penampilannya mendapat perhatian peminat.

“Topi dipakai sebenarnya adalah ‘beanie’. Memang itulah gaya saya apabila bersama jemaah tabligh.

“Apabila ada yang suka dengan penampilan saya dan mengaitkannya dengan unsur Islamik serta perlu dijadikan contoh, saya amat bersyukur.



“Seperti yang dikatakan, jika apa yang dilakukan memberi manfaat dan kebaikan kepada penonton, itu sudah cukup menggembirakan, apatah lagi, perbuatan ini mendatangkan ganjaran pahala,” ungkap artis serba boleh yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti, Raja Lawak.

Sementara itu, sebagai pengarah yang pernah menghasilkan beberapa filem, anak jati Mambau, Negeri Sembilan ini menyatakan keinginan mahu menghasilkan filem pecah-panggung.

Menjadikan produser filem terkenal tanah air seperti Datuk Yusof Haslam, Datuk Rosyam Nor dan Allahyarham Mamat Khalid sebagai sumber inspirasi, Nabil bagaimanapun tidak mahu terburu-buru, malah, memerlukan masa yang lebih panjang dalam membuat persediaan.

“Pengalaman menghasilkan beberapa filem untuk siaran Astro First sebelum ini menyedarkan saya betapa sukarnya menjadi penerbit.



“Duit mengalir keluar sangat laju. Pernah berlaku dalam masa sehari saya perlu mengeluarkan wang sebanyak RM700,000 untuk kos penerbitan.

“Pening kepala juga dibuatnya. Apabila melihat kejayaan Yusof dan anak-anak dalam pembikinan filem hingga berjaya mengutip puluhan juta, keinginan mengikut jejak langkah memang ada.

“Namun, apabila memikirkan saya belum cukup ilmu dan pengalaman yang boleh menjadikan semangat sekental mereka, saya pendamkan dahulu hasrat ini.

“Mungkin selepas cukup ilmu dan rasa sudah bersedia sepenuhnya termasuk dari sehi kewangan, barulah saya berani untuk meneruskan niat menghasilkan filem,” ujar Nabil.



Terdahulu, Nabil pernah mengarahkan telefilem The Hantus dan muncul dengan filem pertama berjudul Mat Bond Malaya, tahun lalu.

Kini, Nabil bersama rakan baiknya, Saharul Ridzwan mengusahakan Restoran Human Gang di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur sejak Mac lalu. BH

Fesyen ‘beanie’ Nabil jadi ikutan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker