Jemaah umrah meninggal dunia setiba di KLIA

Jemaah umrah meninggal dunia setiba di KLIA

Seorang jemaah wanita yang baharu pulang menunaikan ibadah umrah di Mekah meninggal dunia setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Menurut seorang mutawwif, Zakariya Abd Rasip, memaklumkan jemaah umrah itu rebah dan pengsan selepas keluar daripada pesawat.



Zakariya berkata, mangsa telah dibantu oleh kru kapal dan pasukan perubatan, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Alhamdulillah jenazah Allahyarhamah jemaah umrah kumpulan dua dari Kota Tinggi, Johor telah kembali ke rahmatullah selepas keluar pintu pesawat.

“Jenazah juga telah selamat diuruskan dengan kerjasama baik dari kru Malaysia Airlines (MAS), kakitangan dan polis KLIA.

“Semoga Allah memuliakan Almarhumah husnul khatimah dan takziah buat seluruh keluarga,” katanya menurut laporan Kosmo.



Katanya, jenazah jemaah terbabit dihantar ke Hospital Serdang bagi urusan selanjutnya, sementara laporan juga telah dibuat di pejabat imigresen dan Balai Polis KLIA. FMT

Jemaah umrah meninggal dunia setiba di KLIA


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]



Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker