Mahathir merungut ahli dan pemimpin sendiri pun tak kenal Pejuang

Mahathir merungut ahli dan pemimpin sendiri pun tak kenal Pejuang

BIARPUN hampir setahun ditubuhkan, masih ramai dalam kalangan ahli dan pemimpin Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak mengenali dengan mendalam parti tersebut.

Perkara itu diakui Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan pengasas parti berkenaan.

Lantaran itu, Dr Mahathir berkata, kepimpinan parti mengambil inisiatif untuk mengadakan permukiman Pejuang negeri Melaka.

Jelas beliau, ia adalah usaha menerangkan hala tuju parti itu menerusi pertemuan dengan pemimpin di peringkat negeri.

“Ramai yang tidak kenal apa itu Pejuang walaupun dalam kalangan ahli dan pemimpin parti ini. Mereka tak mengetahui dengan mendalam kenapa parti ini diwujudkan.

“Jadi kita datang ke setiap negeri untuk jelaskan dan diharap permukiman ini dapat memberi semangat kepada ahli parti untuk bekerja lebih kuat pada masa akan datang,” katanya memetik laporan Bernama.

Baca artikel berkaitan: Pejuang tumpu PRU-15, tidak terlibat cubaan tukar kerajaan

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, Pejuang sedia memberi peluang kepada golongan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu untuk bekerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya ke-15 (PRU-15).

Tegas bekas Perdana Menteri itu, Pejuang tidak bergerak secara solo.

“Banyak NGO sudah kita jumpa termasuklah pesara guru dan tentera kerana kumpulan ini juga berhak mengundi.

“NGO ini masing-masing ada penyokong, kita tahu mereka bercakap tentang masalah orang Melayu dan mereka juga berminat menyelamatkan masa depan (orang Melayu),” katanya. Utv

Mahathir merungut ahli dan pemimpin sendiri pun tak kenal Pejuang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker