Chin Tong hipokrit – Ka Siong

Chin Tong hipokrit – Ka Siong

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong menggelarkan Ketua DAP Johor, Liew Chin Tong sebagai “hipokrit” berhubung kritikannya terhadap kesesakan lalu lintas.

Presiden MCA itu berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH), ketika berkuasa, adalah kerajaan yang “anti pengangkutan awam”.

“Sebagai kerajaan “anti-pengangkutan awam”, PH telah membatalkan banyak projek pengangkutan awam yang boleh menyelesaikan kesesakan lalu lintas.

“Tetapi sekarang apabila menjadi pembangkang, Liew Chin Tong dilihat bersikap hipokrit atau penuh kepura-puraan dengan bertanya bagaimana untuk menyelesaikan kesesakan lalu lintas,” katanya di Facebook.

Bagi menyokong dakwaannya, Wee berkata semasa PH memerintah, ia telah mengabaikan atau menangguhkan beberapa projek infrastruktur pengangkutan awam mega.

“Mereka telah mengabaikan atau membatalkan beberapa projek mega pengangkutan awam seperti HSR, RTS Link Johor-Woodlands dan projek rel Landasan Berkembar Elektrik.

“Malah, mereka juga telah mengecilkan (downsized) projek LRT3 dengan membatalkan lima stesen dan kerja-kerja membina terowong serta mengurangkan gerabak keretapi.

“Akhirnya menyebabkan projek itu tertangguh sehingga ke tahun 2024,” katanya sambil menambah projek MRT2 juga tertangguh sehingga akhir bulan ini.

Wee berkata kerajaan telah pun memperuntukkan RM115 juta sebagai subsidi untuk pas perjalanan tanpa had My50 dan My100 bagi pengangkutan awam.

“Saya tertanya-tanya, berapakah jumlah subsidi yang perlu ditambah oleh ‘kerajaan muflis’ sebagaimana yang sering dicanang Liew Chin Tong sebelum ini?”

Liew sebelum ini berkata kerajaan perlu membiayai dan memberi subsidi yang banyak kepada mod pengangkutan awam yang berbeza, terutamanya tambang bas, supaya rakyat Malaysia boleh memilih untuk menggunakannya berbanding kereta atau motosikal mereka.

Beliau bertanya mengapa menteri pengangkutan terlalu defensif berhubung isu kesesakan lalu lintas, berikutan komennya mengenai dua kenyataan Wee, bahawa terdapat terlalu banyak kenderaan di jalan raya dan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menaikkan tambang pengangkutan awam. FMT

Chin Tong hipokrit – Ka Siong


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker