Afdlin Shauki Temui Cinta Baru

Akan Kongsi Bila Bersedia

Afdlin Shauki Temui Cinta Baru

Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki mendedahkan bahawa dia kini sudah menemui cinta baharu setelah hampir setahun bergelar duda.

Namun begitu, Afdlin berkata dia masih belum bersedia untuk berkongsi hal peribadinya itu kepada umum kerana menghormati bekas isterinya, Datin Maria Christina Orow Abdullah.



Sebenarnya saya masih tidak bersedia untuk bercakap apa-apa mengenai perkara ini (pasangan baru). Pada saya, satu benda yang ingin ditekankan adalah saya masih menghormati bekas isteri.

Meskipun sudah bercerai, Afdlin dan bekas isteri masih berhubung sebagai rakan baik selain tetap memberikan nafkah kepada anak-anak dan Maria.

Insya-Allah, suatu hari nanti saya tetap akan berkongsi mengenai status terkini saya. Sekarang saya tidak bersedia lagi.

Terdahulu, Afdlin dan bekas isteri mengumumkan perceraian setelah hampir 25 tahun mendirikan rumah tangga.



Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin. Bn

Afdlin Shauki Temui Cinta Baru

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan



Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker