Muhyiddin perlu akur titah Agong, jangan ulangi langkah ‘penderhakaan’

 

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu akur dan berhenti mempertikaikan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menunjukkan sisi sebenar beliau apabila gagal dilantik sebagai Perdana Menteri



“Ini kerana tidak sampai 24 jam kabinet angkat sumpah beliau menuduh pembentukan kerajaan dan kabinet tertubuh atas penipuan terhadap mandat rakyat yang tidak mempunyai sebarang keabsahan untuk berfungsi sebagai badan eksekutif tertinggi negara.

“Namun, Muhyiddin lupa kuasa pelantikan Perdana Menteri ialah atas kuasa Baginda Yang di-Pertuan Agong yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Pelantikan yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, ini juga selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Jelas Timbalan Perdana Menteri itu, perbincangan khas berkenaan juga bagi Yang di-Pertuan Agong mendapat pandangan raja-raja Melayu untuk membolehkan baginda membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat.



“Begitu pelantikan kabinet. Perdana Menteri telah mempersembahkan senarai semua ahli jemaah Kabinet Kerajaan Perpaduan bagi mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah.

“Selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong barulah diumumkan oleh Perdana Menteri. Ini berbeza dengan situasi pelantikan duta Indonesia suatu ketika dahulu yang seolah-olah tiada perkenan Istana Negara,” ujarnya.

Tambah Ahmad Zahid, pelantikan Perdana Menteri dan ahli jemaah menteri perlu mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Justeru, Muhyiddin perlu menghormati segala pelantikan ini dan tindakan dan sekutunya yang cuba mempertikaikan segala pelantikan ini adalah gambaran wajah sebenar beliau dan sekutunya yang tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu.



“Muhyiddin dan sekutunya perlu berasa malu dilihat terlalu gilakan kuasa hingga sanggup mempertikaikan keputusan institusi Raja-Raja Melayu dan perlu mencontohi parti DAP yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan parti dan individu, bergerak ke hadapan demi menjayakan Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Tegasnya, Presiden Bersatu itu dan sekutunya perlu belajar menjadi pembangkang yang berwibawa dan bukannya merengek serta meroyan kerana tidak dapat menerima hakikat gagal menjadi perdana menteri dan membentuk kerajaan.

“Belajarlah juga menghormati proses dan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.

“Kerajaan ini bukan kerajaan Pakatan Harapan. Akan tetapi ialah Kerajaan Perpaduan hasil daripada gabungan parti terbesar dan parti-parti kecil lain yang memenangi pilihan raya bekerjasama dengan parti-parti lain untuk membina negara dan mentadbir lebih baik daripada kerajaan-kerajaan terdahulu,” ujar beliau.



Dalam pada itu, beliau berkata, kritikan Muhyiddin bahawa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memegang jawatan Menteri Kewangan, tidak melihat keperluan semasa yang memerlukan, disifat tidak munasabah.

“Ini kerana Anwar dikenali berprestasi tinggi pernah menguruskan kewangan dan ekonomi Malaysia surplus budget, iaitu pendapatan melebihi perbelanjaan negara.

“Anwar juga pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik dunia oleh Euro Money Magazine dan Menteri Kewangan Terbaik Asia oleh Asia Money Magazine.

“Anwar juga pernah mendapat The Asian of The Year dan Malaysia mendapat gelaran The Asian Tiger kalangan negara Asia ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan,” jelasnya.



Justeru, beliau menegaskan bahawa pelabur asing akan lebih yakin untuk membuat pelaburan apabila Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!


Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker