Azri Iskandar rindu Dr. Azra, lama tak jumpa

Hubungan cinta semakin renggang dek sudah lebih setahun tidak bersua dengan kekasih hati, pelakon Azri Iskandar mengakui rindu dan sedang sedaya upaya memperbaiki hubungan dengan tunangnya, Dr. Azra.

Jelas pemilik nama penuh Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar itu, kesibukan melampau kekasih hatinya menjadi penghalang untuk mereka bertemu dan meluangkan masa bersama.

“Saya ada ajak dia (keluar). Dia bukan tidak mahu jumpa, tapi dia sibuk. Dia ada acara yang oustation dan sibuk dengan latihan Muay Thai sebab dia dapat tawaran drama untuk platform Viu.



“Sudah setahun lebih tidak jumpa dia. Kami berhubung pun macam mahu tidak mahu sekarang. Dulu setiap hari, sekarang sudah lain. Saya rindu.

“Hubungan dengan dia sudah mula renggang, saya nak perbaikinya. Saya tidak bergaduh dengan dia cuma jarang berjumpa, itu jadi renggang,” katanya kepada Kosmo! Online semalam.

Pada masa sama, pelakon berusia 55 tahun itu mengakui emosinya terganggu kerana sering dituduh gila gara-gara masih merahsiakan wajah kekasih sehingga sekarang.

“Saya tak dapat lampu hijau daripada pihak sana (teman wanita) untuk dedahkan wajahnya, dia memang wujud dan saya tidak gila untuk sengaja wujudkan individu itu dalam kepala.



“Dia ada buruk baiknya, bagi pihak keluarga saya memang rasa tergangggu bila teman wanita saya tak mahu dedahkan dirinya, anak-anak saya bahkan bekas isteri saya suruh cari wanita lain.

“Bagi mereka Azra tak ikhlas dan sengaja mempermainkan saya, tapi saya faham dia sangat sibuk,” ujarnya pada majlis pratonton filem Kutukan Sembilan Setan, semalam.

Azri dan Ellie Suriatibercerai talak satu pada 17 Mei 2022.

Beberapa minggu selepas bercerai, Azri mengesahkan dia dan kekasih yang dikenali sebagai Dr. Azra sudah mengikat tali pertunangan pada 29 Jun tahun lalu bertempat di Kangar, Perlis.



Bagaimanapun, menurut Azri, majlis perkahwinan terpaksa ditunda kerana duit yang dikumpul masih belum mencukupi.

Azri dan Elly dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 14.

Azri juga menerusi perkahwinan pertama mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistana, 29, dan Nur Anis Mastura, 27

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein



Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha



Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker