Tekanan tidak luntur perjuangan kami – Ahmad Zahid

Tekanan yang didakwa dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sama sekali tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang.

Sebaliknya, Ahmad Zahid menyifatkan tindakan `over killed’ kepada dua pemimpin itu hanya mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan rakyat.

“Tekanan bertubi-tubi kepada kami berdua tidak mematah semangat, terus istiqamah dalam perjuangan.

“Tindakan ‘over killed’ yang dilakukan menimbulkan defisit keyakinan kepada pemerintah,” katanya dalam status di Twitter beliau, hari ini.



Sebelum itu, Ahmad Zahid hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini untuk memberi sokongan moral kepada Najib yang berdepan dengan enam pertuduhan pecah amanah membabitkan dana kerajaan Malaysia berjumlah lebih RM6.6 bilion. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker