PBB boneka lima kuasa besar

 

PUTRAJAYA: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan terus ‘kunci mulut’ dengan tidak mengambil apa-apa tindakan apatah lagi sekurang-kurangnya mengutuk tindakan Israel serta menggesa supaya keganasan ke atas rakyat Palestin dihentikan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini kerana Majlis Keselamatan PBB itu bukan satu badan antarabangsa, sebaliknya ia dimiliki lima buah negara kuasa besar termasuk Amerika Syarikat (AS).



Menurut bekas perdana menteri itu, lima negara tersebut berkuasa untuk menidakkan segala pandangan semua negara lain di dunia ini.

“Dalam perkara ini, saya yakin AS akan menekan supaya Majlis Keselamatan PBB tidak campur tangan berkenaan masalah Gaza dan Baitul Maqdis.

“Ini tindakan AS, dan (negara-negara lain) semua bila ada veto seperti ini, tidak boleh buat apa-apa. Inilah badan yang kononnya badan antarabangsa, tetapi, dimiliki sepenuhnya oleh tiap-tiap satu dari lima buah negara itu,” katanya di sini semalam.

1MDB: Mahkamah Tinggi tolak permohonan kerajaan



Sebelum ini, Malaysia menyatakan kekecewaan terhadap Majlis Keselamatan PBB yang masih gagal mengutuk tindakan Israel walaupun sudah tiga kali sesi perbahasan bersama majlis itu dibuat dalam minggu lalu, namun, masih belum ada satu kenyataan yang dikeluarkan mengenai situasi semasa di Palestin.

Dalam perbahasan terbuka Majlis Keselamatan PBB secara sidang video (VTC) mengenai keadaan di Asia Barat pada 16 Mei lalu yang disertai Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Malaysia mendesak Perhimpunan Agung PBB segera mengadakan Sesi Khas bagi menghentikan konflik Palestin-Israel selaras kenyataan bersama Brunei dan Indonesia.

Dalam perbahasan itu, Malaysia turut menekankan tiga perkara penting iaitu Majlis Keselamatan PBB perlu mengkaji semula cadangan yang terkandung dalam laporan Setiausaha Agung pada tahun 2018, A/ES-10/794, mengenai penempatan pasukan bersenjata PBB atau pemerhati tidak bersenjata bagi meningkatkan perlindungan ke atas rakyat Palestin.



Selain itu, Majlis Keselamatan PBB digesa melaksanakan tanggungjawab utamanya bagi memastikan situasi keselamatan dan keamanan di rantau tersebut dan disarankan menggunakan mekanisme sedia ada bagi mengelakkan berlakunya kehilangan lebih banyak nyawa di Palestin.

Jangan halalkan Jajaran Baru Bersama DAP

Dua lagi perkara penting ialah badan antarabangsa itu perlu bertindak segera dan memikul tugasnya yang termaktub di bawah Piagam PBB dan mereka hendaklah tegas dan bersatu suara serta bertindak pantas terhadap siri serangan oleh rejim Israel.



Dalam tempoh seminggu ini, Israel terus membuat serangan udara bertalu-talu di Semenanjung Gaza hingga menyebabkan lebih dari 200 orang maut.

Dalam masa sama rejim Zionis itu juga melancarkan puluhan serangan dalam jarak beberapa minit di wilayah Palestin yang dikawal oleh kumpulan Islam Hamas.

Siri keganasan itu meletus selepas konflik Israel-Palestin meningkat di Baitulmuqaddis Timur berikutan pasukan keselamatan Israel menyerbu Masjid Al-Asqa dan menyerang penduduk Palestin. – UTUSAN

Orang Umno dalam Jemaah Menteri mungkin jadi buangan parti




Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

 




SOP PKPB: Neelofa, PU Riz Mengaku Tidak Bersalah. Ikat Jamin RM15K

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker