Uyaina Arshad kongsi detik ‘seram’ ditahan marsyal AS

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad berkongsi detik mencemaskan apabila ditahan seorang marsyal Amerika Sayrikat sewaktu dia berkelana ke negara tersebut demi tuntutan kerja.

Kongsi Uyaina, dia ditahan gara-gara penampilannya disalah erti sebagai seorang wanita Arab disebabkan pemakaian tudung dan keningnya yang tebal.

“Semasa marsyal tahan saya, rasa macam jantung jatuh ke lantai. Dia sangat besar dan tengok saya atas bawah. Memang menyeramkan sungguh.



Mungkin sebab saya memakai tudung tutup atas sampai bawah dan kening tebal mereka ingat saya ini berketurunan Arab.

“Apatah lagi, video penerangan saya tentang Palestin tular dan saya ingat dia tahan berhubung video terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, Uyaina yang juga isteri kepada penyanyi, Raja Syahiran juga terpaksa membatalkan penerbangan ke New York selepas merasakan itu bukan satu tindakan yang wajar dilakukan ketika ini.

“Memang dalam hati, nak cepat balik Malaysia. Berani mati juga saya buat dan rekod video semasa di Amerika Syarikat.



“Saya juga sepatutnya pergi ke New York selepas Los Angeles tetapi saya batalkan. Entahlah. Ada rasa yang tidak seronok mengenai New York,” jelasnya lagi.

Uyaina dalam pada masa sama turut mendedahkan menerima pelbagai kecaman mempersoalkan keberadaan dirinya di negara pro-Israel tersebut.

“Memang ramai mengecam saya berkunjung ke Amerika Syarikat. Tetapi saya mahu bertanya, awak semua berhenti kerja tak semata-mata untuk lantang dalam isu Palestin?

“Kerja saya menuntut hantaran dalam media sosiaL. Anda semua tidak tahu berapa banyak jenama yang saya tolak semata-mata mereka sokong Israel.



“Ada yang saya sudah lengkapkan penggambaran cuma tinggal buat hantaran tetapi saya batalkan dan tanggung kerugian,” ujar ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran



TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker