TNB tawar pakej mampu milik pasang solar kediaman

TNB tawar pakej mampu milik pasang solar kediaman

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menawarkan pakej pemasangan solar mampu milik dan mudah akses melalui anak syarikat milik penuhnya, GSPARX Sdn Bhd kerana memahami keperluan orang ramai melestarikan penggunaan tenaga, terutamanya dalam keadaan cuaca panas.

Tawaran solar atas bumbung tanpa pendahuluan ini disediakan untuk pelanggan kediaman yang mahukan penjimatan jangka panjang bil elektrik mereka.



Pakej kepada 150 pelanggan terawal diperkenalkan dengan penjimatan sehingga RM4,999 untuk pemasangan solar photovoltaic (PV) atas bumbung, bermula hari ini hingga 31 Julai 2023.

Semua pakej baharu ini merangkumi penyelenggaraan percuma sistem solar untuk dua tahun dan insurans solar percuma selama setahun.

Pemilik rumah yang ingin memaksimumkan penjimatan boleh mengambil tawaran terhad yang menarik ini sekali gus memperkasakan mereka untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih lestari.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Indera Baharin Din, berkata tawaran pemasangan solar mampu milik ini termasuk dengan pakej khas pelanggan terawal yang membolehkan pengguna mencapai penjimatan kos yang ketara di samping menggalakkan amalan penggunaan tenaga lestari.



“Tambahan pula, ini menunjukkan komitmen yang kuat daripada TNB untuk memperkuat inisiatif Net Energy Metering (NEM) 3.0 kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi meningkatkan kemampuan pelanggan memiliki pakej solarnya, GSPARX bekerjasama dengan institusi kewangan untuk menawarkan pelbagai pilihan pembiayaan yang fleksibel.

Pilihan ini termasuk pelan ansuran 36 bulan tanpa faedah melalui kad kredit atau pinjaman kewangan dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun.

Melalui pilihan pembiayaan ini, GSPARX memudahkan pelanggan berubah menjadi prosumer (pengeluar dan pengguna) untuk serentak menikmati manfaat ekonomi sambil mengawal penggunaan tenaga sendiri.



Dengan memainkan peranan sebagai prosumer, pelanggan dapat mengambil langkah proaktif untuk menangani kesan daripada sebarang kenaikan kos elektrik masing-masing.

Pendekatan berwawasan TNB dan tawaran inovatif GSPARX ini membolehkan pelanggan memulakan hala tuju ke arah gaya hidup lestari, berhemat dan lebih hijau.

Dengan memanfaatkan tenaga solar, pelanggan boleh menguruskan perbelanjaan elektrik mereka dengan berkesan sambil mengambil bahagian secara aktif dalam usaha global menangani perubahan iklim dan menggalakkan amalan lestari. BH

TNB tawar pakej mampu milik pasang solar kediaman



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha



Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial



Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker