Buang masa, duit tonton filem pornografi

SAUDARA PENGARANG,

WALAUPUN internet merupakan satu revolusi dalam penyaluran informasi dan menghubungkan dunia, namun ia tidak terkecuali daripada impak negatif. Antara kontroversi yang hebat diperdebatkan adalah elemen lucah atau istilah yang lebih khusus, pornografi internet.

Pornografi internet merupakan antara fenomena baharu yang hangat diperdebatkan oleh pelbagai pihak memandangkan semua peringkat umur terdedah kepada aktiviti menonton filem lucah terutama remaja yang mempunyai rasa ingin tahu.



Kesan daripada ketagihan seksual internet yang keterlaluan boleh menyebabkan jadual seharian terganggu. Menurut Pensyarah Kaunseling di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Mohammad Isa Amat, seseorang akan menonton filem lucah apabila keseorangan di rumah untuk menghilangkan rasa bosan.

Pornografi boleh menyebabkan individu mengalami gangguan dalam kehidupan seharian. Ini kerana aktiviti kurang sihat ini mengganggu proses kedewasaan memandangakan pelajar universiti sepatutnya boleh membezakan sesuatu perkara itu baik atau buruk pada usia remaja.

Malah, ketagihan filem dewasa ini juga boleh mengganggu pembelajaran dan menyebabkan pelajar menghabiskan duit belanja yang diberikan ibu bapa atau biasiswa pada jalan yang salah seperti membeli video lucah.

Kesimpulannya, perkara ini perlu dititikberatkan oleh semua pelajar universiti kerana mereka telah melangkah ke alam yang bebas untuk melakukan apa sahaja mengikut kemahuan tetapi perlu diingatkan bahawa setiap perbuatan buruk pasti ada akibatnya.



Jadi, amat penting untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT dan sentiasa mengingati tujuan ke universiti untuk menuntut ilmu serta menjadi harapan ibu bapa.-UTUSAN

HAZIQ IKHWAN
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun



Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker