Langkawi dianugerah Asia Best Awards 2022, pulau terbaik Asia Tenggara

Langkawi dianugerah Asia Best Awards 2022, pulau terbaik Asia Tenggara

Langkawi terdiri daripada gugusan 99 pulau di luar pantai Kedah, merangkul anugerah peringkat antarabangsa ‘Asia Best Awards 2022’ dan diiktiraf satu daripada Pulau Terbaik di Asia Tenggara baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, anugerah itu membuktikan usaha dan dedikasi berterusan pihaknya terutama sepanjang pandemik iaitu semasa ketibaan pelancong ke pulau itu berada pada tahap kurang memuaskan.

Beliau berkata, kejayaan manis itu turut diiringi berita gembira apabila Four Seasons Resort Langkawi turut menerima anugerah The Best Beach and Upcountry Hotel in Malaysia 2022.

“Walaupun berdepan pelbagai cabaran, kami tetap optimis dan memikul tanggungjawab memastikan pulau ini berdaya tahan dalam perjalanannya ke arah pemulihan dan kekal menjadi destinasi pelancongan pilihan ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nasaruddin berkata, sebagai agensi perintis dalam pembangunan pelancongan Langkawi, LADA memainkan peranan penting untuk menjadikan Langkawi destinasi pelancongan bertaraf dunia yang terkenal seperti sekarang.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya menjangkakan ketibaan lebih ramai pelancong antarabangsa berpotensi menggiatkan semula ekonomi dan merangsang pendapatan masyarakat setempat.

“Bagi merealisasi hasrat ini, kami memberi tumpuan kepada empat komponen utama iaitu Pelancongan Leisure (Antarabangsa & Domestik), Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) dan Acara Pelancongan.

“Pelan tindakan kami merangkumi mempromosikan pelancongan berkonsepkan hijau, mencipta pengalaman dan bertanggungjawab, insentif seperti membeli-belah bebas cukai dan mewujudkan tempat yang menarik untuk Instagram bagi memastikan kami dapat mengekalkan kedudukan kami sebagai satu daripada pulau terbaik di Asia Tenggara,” katanya. BH

Langkawi dianugerah Asia Best Awards 2022, pulau terbaik Asia Tenggara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker