Keluarga terkejut pari gergasi lompat ke dalam bot

MONTGOMERY, ALABAMA – Sebuah keluarga yang menyertai pertandingan memancing terkejut apabila seekor ikan pari he­lang berbintik melompat ke atas bot mereka dan beranak, lapor akhbar New York Post kelmarin.

April Jones dan suaminya  sedang memancing di  perairan Rumah Api Pulau Sand, nege­ri Alabama ketika menyertai pertandingan Rodeo Memancing Laut Dalam Alabama 2022.

Secara tiba-tiba, seekor pari helang berbintik dengan berat sekitar 181 kilogram dan mempunyai sayap sepanjang 152 sentime­ter melompat naik ke atas bot mereka.



“Ia amat cantik, namun pengalaman ini sangat menakutkan,” kata April di laman Facebook.

Menurutnya, mereka berpendapat haiwan itu bertindak demikian kerana terdapat remora yang tersekat pada bahagian perutnya.

Ketika cuba mengeluarkan haiwan tersebut dari bot mereka dan pada masa yang  sama,  menyiram air ke atas badannya, pari gergasi berkenaan melahirkan empat anak secara pramatang kerana tertekan.

“Kami amat kecewa kerana anak-anaknya  mati dan tiada apa yang mampu dilakukan,” kata April.



Suami April, Brian Jones yang merupakan kurator Akuarium Alabama berkata,  kejadian itu  bukan luar biasa kerana haiwan liar pernah direkodkan beranak apabila berasakan nyawanya  terancam.

“Ini merupakan proses penyesuaian yang memberikan induk peluang lebih baik bagi menghasilkan zuriat dan mewariskan genetik ke dalam populasi,” jelas Jones.

Ikan pari helang berbintik tersebut berjaya dilepaskan kembali ke dalam laut dengan bantuan empat lelaki. Bangkai anak-anaknya pula disumbangkan kepada makmal untuk tujuan penyelidikan spesies itu yang disenaraikan sebagai hampir terancam. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun



Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker