PRU15: DUN Kedah tidak akan dibubarkan sebelum Mac 2023 – Sanusi

PRU15: DUN Kedah tidak akan dibubarkan sebelum Mac 2023 – Sanusi

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah tidak akan dibubarkan sebelum bulan Mac tahun hadapan meskipun pembubaran Parlimen dibuat dalam masa terdekat.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Selasa, dan baginda menyerahkan sepenuhnya kuasa membabitkan urusan pembubaran DUN kepadanya.



Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan ramalan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) yang menjangkakan bencana banjir akan berlaku penghujung tahun ini selain fokus pentadbiran kerajaan negeri Kedah bagi mengatasi isu banjir yang akan memberi kesan besar kepada rakyat.

 

“Hari ni hari Jumaat, saya sembah maklum (kepada Tuanku Sultan Kedah) pada hari Selasa, (saya) menghadap secara online, (saya sahkan) kita (di negeri Kedah) tidak akan bubar (DUN) tahun ini, (ia dibuat) bagi memberi fokus menghadapi banjir berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi,

“Saya sembah maklum Tuanku, beberapa negeri termasuk Kedah telah membuat keputusan untuk mengadakan pilihan raya pada tahun depan, Tuanku maklum (semula), untuk kuasa (berkaitan itu) terpulanglah kepada pihak Menteri Besar, itu sahaja, sangat simple,” katanya.

Sanusi berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan penutupan Program Jelajah Kedah Sejahtera, di Masjid Nurul Ihsan, Langgar pada Jumaat.



Dalam perkembangaan sama, beliau ketika menyampaikan ucapan penutupan, menggelarkan pihak yang menggesa Parlimen dibubarkan dan diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ketika banjir sebagai ‘orang yang gila’.

Sehubungan itu, Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat turut menasihatkan orang ramai terutama pengundi-pengundi di negeri Kedah untuk tidak memilih kumpulan ‘orang yang gila’ sekiranya PRU15 diadakan dalam masa terdekat.

Pada Rabu, Ketua Pembangkang yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,tiga negeri di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH), iaitu Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan tidak akan membubarkan DUN masing-masing, sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Perkara itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Presiden PH, selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Menteri Besar Selangor dan Menteri Besar Negeri Sembilan.



Mengambil kira faktor banjir besar yang akan memberi kesusahan kepada rakyat, Anwar berkata, Majlis Presiden PH menerima pendirian tiga negeri terbabit agar pembubaran DUN masing-masing hanya akan dilakukan pada tahun hadapan.

PRU15: DUN Kedah tidak akan dibubarkan sebelum Mac 2023 – Sanusi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker