Gelaran ‘Datuk’ kena tarik, Farid Kamil bangkit buang sedih

Gelaran ‘Datuk’ kena tarik, Farid Kamil bangkit buang sedih

“Saya tidak pernah rasa malu. Ketika saya berada di dalam ‘universiti’ (penjara), bila saya tutup mata, saya rasa diri saya berada di Mekah.”

Itu luahan pelakon terkenal Farid Kamil mengimbau pengalamannya dimasukkan ke penjara selama sebulan pada sekitar tahun 2019 atas tuduhan penyalahgunaan dadah.



Saya rasa segala-galanya ‘best’. Makanan, layanan. Orang suka dengar cerita saya,” tambah Farid.

Bercakap kepada Kosmo! Online, Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari, 40, beranggapan hukuman yang dilaluinya itu adalah sebagai pengalaman untuk menguji tahap keimanannya.

“Tidak semua orang akan lalui pengalaman seperti saya. Saya percaya pada ketika itu tahap keimanan saya sedang diuji.

“Keimanan seseorang itu akan diuji dengan satu perkara yang boleh mereka tanggung. Saya bukan sahaja merasai, bahkan nampak perkara itu berlaku di depan mata saya.



“Itu menunjukkan bahawa ujian yang diberikan sama ada saya mampu atau tidak untuk tanggung,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ujar Farid lagi, pengalamannya menjalani hukuman penjara turut memberi satu perspektif baharu dalam hidupnya secara menyeluruh.

“Bila saya masuk penjara, saya kenal orang dan tahu orang. Saya rasai apa yang orang lain tidak pernah rasa.

“Disebabkan itu juga rezeki saya dimurahkan. Rezeki bukan semata-mata dalam bentuk wang ringgit,” katanya.



Ketika disoal tentang penerimaan masyarakat terhadap dirinya selepas keluar dari penjara, suami kepada pelakon Diana Danielle itu mengakui, peminat masih menerimanya, malah terasa lebih dekat berbanding sebelum gelaran Datuk yang dikurniakan kepadanya ditarik semula.

“Selepas gelaran Datuk yang dikurniakan kepada saya pada 2017 ditarik semula tahun lalu, saya akui berasa sedikit sedih. Tapi saya cakap dengan diri sendiri bahawa saya perlu berani untuk keluar dan berjumpa dengan masyarakat.

“Bila saya keluar, orang ramai mula menegur dan memanggil dengan kuat nama saya, Farid Kamil! Berbanding ketika saya mempunyai gelaran Datuk. Peminat mula merasai unsur kedekatan itu semula.

“Farid Kamil yang dahulu sudah kembali. Saya percaya peminat saya tidak pernah memandang sebelah mata atas apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui sewaktu sesi fotografi filem Remp-it 2 di Hotel Ascott Star, KLCC, di sini, semalam.



Tambah bapa kepada dua orang anak itu lagi, walaupun dirinya pernah terpalit dengan kontroversi hitam, namun peminat masih menyayangi dan mengahrgai dirinya berbanding dahulu.

“Saya percaya ramai peminat yang mendoakan saya selain doa dari kedua-dua ibu bapa dan juga isteri,” jelasnya.

Nama dan reputasi Farid tercalar akibat insiden menampar dan menendang anggota polis serta orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara pada 11 Januari 2018 sehingga mengheret namanya ke muka pengadilan.

Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati Farid positif dadah jenis THC atau 11-nor-delta-9- etrahydrocannabinol-9-carboxylic acid.



Rentetan daripada kes tersebut, pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepadanya pada tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Farid turut melahirkan rasa teruja apabila cita-citanya untuk bergelar seorang pengarah dan juga penerbit filem akhirnya tercapai apabila filem pertama arahannya, Remp-It 2 bakal ditayangkan di pawagan pada 24 November nanti.

“Selepas 16 tahun Remp-It pertama ditayangkan pada 2006, kini Remp-It 2 bakal menemui penonton dengan mengetengahkan aksi dan jalan cerita yang lebih matang.

“Filem ini menjalani penggambaran pada 2019 dan terpaksa menunggu lama untuk menemui penonton disebabkan pandemik Covid-19,” katanya.



Selain Farid, filem pertama arahannya itu turut menampilkan anak sulungnya, Muhammad Kamil serta pelakon baharu, Ahirine Ahirudin. K Online

Gelaran ‘Datuk’ kena tarik, Farid Kamil bangkit buang sedih


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker