Ketakutan dorong tentera Israel bunuh warga sendiri

Ketakutan dorong tentera Israel bunuh warga sendiri

Tentera Israel tidak mengendahkan rintihan suara tiga tebusan warganya sendiri meminta tolong, sebaliknya menembak mati kerana mengesyaki ia hanya muslihat Hamas untuk menyerang hendap.

Sumber menyatakan, tentera Israel kini amat gentar terhadap serangan gerila yang dilancarkan Hamas, sehingga membuatkan mereka ‘takutkan bayang-bayang sendiri’.



Siasatan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berhubung isu itu. yang diterbitkan semalam, berkata tiga tebusan berkenaan dibunuh secara tidak sengaja apabila pihak tentera menyerbu sebuah bangunan di Gaza.

Tentera juga mendengar tebusan menjerit dalam bahasa Ibrani pada 10 Disember lalu tetapi mengesyakinya sebagai muslihat pejuang Hamas untuk menarik mereka ke dalam bangunan di daerah Kota Gaza di Shejaiya, menurut siasatan.

Khuatir bangunan itu dipenuhi dengan bahan letupan, tentera Zionis keluar dan seterusnya membunuh lima pejuang Hamas yang cuba melarikan diri.

Ketika cubaan melarikan diri pada 15 Disember lalu, suasana sama dihadapi dan tentera Israel menembak tiga tebusan warga Israel, selepas tersilap mengenal pasti mereka sebagai ancaman.



Dua mangsa terbunuh serta merta manakala tebusan ketiga sempat melarikan diri sebelum tentera diarah untuk melepaskan tembakan ke arahnya, sekali gus membunuhnya.

Pada 14 Disember lalu, sebuah dron tentera mengenal pasti tanda ‘SOS’ dan ‘tolong, tiga tebusan’ di sebuah bangunan berhampiran tempat tiga tebusan ditembak.

Tentera ‘gagal dalam misinya untuk menyelamatkan tebusan’, kata ketua tentera Israel, Herzi Halevi, dalam satu kenyataan yang diterbitkan bersama-sama laporan siasatan.

Tiga kematian itu ‘boleh dicegah’, tambahnya mengulas mengenai tebusan dikenal pasti sebagai Yotam Haim, Alon Shamriz dan Samer El-Talalqa.



Pembunuhan tiga lelaki itu, semuanya berusia dalam lingkungan dua puluhan, mencetuskan protes di Tel Aviv, di mana penunjuk perasaan menuntut pihak berkuasa membuat rancangan baharu untuk membawa pulang baki 129 daripada 250 tebusan yang masih ditahan di Semenanjung Gaza. BH

Ketakutan dorong tentera Israel bunuh warga sendiri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Awak berhijab tapi berpakaian seolah terlanjang”

Senarai artis bercerai 2023



Pusinglah selagi boleh pusing, jumpa di mahkamah

Rita Rudaini mengamuk dituduh perampas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker