Ratusan pegawai Kastam dipindahkan secara paksa – KPKSM

Ratusan pegawai Kastam dipindahkan secara paksa – KPKSM

Ratusan pegawai rendah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mendakwa menjadi mangsa pengurusan tertinggi jabatan berkenaan selepas dipindahkan secara paksa.

Malah, perintah pertukaran yang membabitkan sebilangan besar pegawai Kastam itu didakwa dibuat tanpa mengambil kira kebajikan pegawai terlebih dahulu.



Presiden Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPKSM) Abdul Malik Mohamed Zin berkata, perintah pertukaran yang dikeluarkan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak dibenarkan seperti dinyatakan dalam surat arahan pertukaran berkenaan.

Menurutnya, bukan itu sahaja, malah pengurusan tertinggi iaitu Ketua Pengarah Kastam yang baharu turut dilihat mempunyai tanggapan negatif terhadap pemimpin KPKSM.

“Ketua Pengarah memberi arahan secara lisan kepada Pengarah Kastam negeri Perak yang mana negeri saya bertugas untuk diambil tindakan disiplin berkaitan kesalahan berkaitan integriti.

“Apabila tiada tindakan yang diambil disebabkan tidak berlaku apa-apa kesalahan, satu arahan pertukaran penempatan dikeluarkan pada 11 Disember 2023 yang menukarkan Presiden KPKSM dari JKDM Perak ke JKDM Lawas di Sarawak berkuat kuasa 2 Januari 2024 dengan alasan sudah lama bertugas di JKDM.



“Ini adalah satu usaha untuk memecah belahkan KPKSM, kita juga lihat ia adalah manipulasi kuasa,” katanya pada sidang media di pejabat KPKSM, di sini, hari ini.

Abdul Malik berkata, pihaknya melihat elemen ihsan yang menjadi salah satu rukun dalam Konsep Malaysia Madani yang menekankan peduli dan belas kasihan terhadap orang lain keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan masyarakat keseluruhannya.

“Perasaan ihsan ini adalah soal menyelami penderitaan dan kemelaratan orang lain lalu berusaha mencari jalan bagi mengubatinya. Hal ini seiring dengan aspirasi dan perjuangan KPKSM yang senantiasa mengangkat hal berkaitan kebajikan ahli-ahlinya.

“Tindakan ini dilihat oleh KPKSM sebagai satu tindakan memanipulasi kuasa dan cubaan untuk melenyapkan suara kesatuan di dalam jabatan.



“Pemimpin kesatuan lain ditukarkan adalah Penolong Setiausaha Agung yang ditukarkan dari KLIA ke Johor,” katanya.

Menurutnya, Ketua Pengarah Kastam juga didakwa tidak menghormati perundingan majikan pekerja di dalam Majlis Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) yang dibuat bersama Ketua Pengarah Kastam terdahulu dengan menyatakan segala keputusan MBJ terdahulu adalah sebagai satu sejarah.

“MBJ ialah sebuah medium dua hala, yang mana pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan pihak pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

“Justeru itu, pihak KPKSM mendesak arahan pertukaran ini dibatalkan serta merta. Kita juga sudah menghantar surat kepada Menteri Kewangan pada 26 Disember lalu, namun masih belum menerima sebarang jawapan,” katanya. HM



Ratusan pegawai Kastam dipindahkan secara paksa – KPKSM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?



Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari

Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023



Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker